Call Us Today 013-9117607 yanti25us@gmail.com

 

Salam semua. Apa habaq? Che Yan seminggu dua ni sibuk sikit tapi Che Yan tetap nak kongsi dengan pembaca semua. Entry kali ni Che Yan nak kongsi tentang petua hilangkan jeragat. Jeragat ni merupakan bintik-bintik coklat pada kawasan kulit yang berlaku disebabkan pendedahan terhadap cahaya matahari. Jeragat bukanlah sesuatu yang berbahaya, ia sebenarnya muncul disebabkan penghasilan melanin yang berlebihan. Jeragat selalunya lebih leper dan lazim berlaku kepada individu yang mempunyai warna kulit cerah. Jeragat bukanlah thampa penyakit. Jeragat mungkin berpunca daripada faktor genetik atau fizikal seperti pendedahan yang berpanjangan terhadap cahaya matahari. Sinaran UV dari matahari boleh menyebabkan penghasilan melanin meningkat. Walaupun ia tidak berbahaya terhadap kesihatan, bintik hitam atau coklat ini menimbulkan masalah keyakinan diri.

Jom Che Yan kongsikan cara hilangkan jeragat. Antaranya ialah :

 

 

SKRUB MENGGUNAKAN SERBUK OAT

Serbuk oat bukan sahaja bermanfaat untuk dijadikan masker, ia juga merupakan salah satu cara menghilangkan jeragat di muka secara tradisional. Cuba campurkan sesudu oat bersama yogurt, madu dan jus lemon. Kemudian, sapukan sebatian ini pada wajah hampa. Serbuk oat boleh menyerap lebihan minyak pada wajah dan membantu mengurangkan jerawat. Malah, sifat antiradang serta kandungan antioksidannya yang tinggi juga dapat membantu merawat masalah kulit kering dan membuang sel kulit mati.

 

SAPUAN TEH HIJAU 

Teh hijau mempunyai sifat antiradang yang dapat mengurangkan iritasi pada kulit. Malah, ia juga boleh mengurangkan kesan selaran cahaya dan merah pada kulit. Tambah lagi, disebabkan sifat antiinflamasinya ini, teh hijau amat berkesan untuk merawat pelbagai masalah kulit, termasuklah jeragat. Rendam teh hijau dalam air suam selama beberapa minit. Kemudian, gunakan beg teh tersebut dan sapukannya pada kawasan yang terjejas. Air rendaman teh hijau tadi bolehlah diminum.

 

GUNAKAN SERBUK KUNYIT

Penggunaan kunyit merupakan salah satu cara hilangkan jeragat secara tradisional. Kajian menunjukkan bahawa curcumin yang terkandung dalam kunyit boleh mengurangkan penghasilan melanin pada kulit yang menjadi penyebab jeragat. Campurkan 1 sudu teh serbuk kunyit bersama jus lemon. Kemudian, kacau sehingga ia membentuk sebatian yang pekat. Sapukannya pada kawasan yang diingini. Kemudian, tunggu sehingga ia kering. Amalkan tip ini seminggu sekali.

 

SAPUAN ALOE VERA

Aloe vera merupakan satu tanaman yang dikenali dengan manfaat yang pelbagai untuk kulit seperti merawat jerawat, ekzema dan selaran matahari. Dalam masa yang sama, aloe vera juga boleh memastikan kulit kekal lembap. Hampa boleh membeli gel aloe vera di kedai atau gunakan ekstraknya terus dari daun. Aloe vera mengandungi sejenis komponen yang dikenali sebagai Aloesin yang efekif untuk melawan pigmentasi kulit. Penggunaan aloe vera ialah cara tradisional yang digunakan turun-temurun untuk hilangkan jeragat. Sapukan alor vera pada kawasan berjeragat selama 15 minit. Kemudian, basuh dengan air sejuk. Lakukannya setiap hari untuk keputusan yang terbaik.

 

PERAHAN JUS LEMON

 

Jus lemon sudah lama digunakan secara tradisional untuk kecantikan kulit. Jus lemon mengandungi vitamin C dan asid sitrik yang sangat efektif untuk melawan masalah pigmentasi pada kulit. Ia bukan sahaja boleh memudarkan parut, jus lemon juga dapat mencerahkan wajah.

Cuba gunakan 2-3 sudu teh jus lemon dan sapukannya ke atas kawasan yang berjeragat. Biarkan selama 8 hingga 10 minit dan lakukannya 2 kali sehari untuk kesan yang terbaik.

 

PENGGUNAAN PELEMBAB DAN PELINDUNG UV

 

Berbalik kepada punca jeragat iaitu pendedahan kepada matahari, maka kita perlu pastikan kulit kita sentiasa terhidrat. Penggunaan pelembab yang sesuai akan membantu untuk kesihatan kulit. Pemakaian pelindung UV juga amat penting agar kulit kita terlindung dari sinaran uv yang berbahaya. Untuk Che yan, Che Yan memilih Age Defence Moisturizer SPF 50 dalam rangkaian YOUTH Shaklee. Apa yang best tentang produk ini ialah pelembab dan pelindung uv berada dalam satu tiub mudah guna dan mudah bawa.

 

Setakat ini dulu perkongsian dari Che Yan. Kalau ada yang berminat dengan Age Defence Moisturizer SPF 50 ni boleh contact Che Yan di www.wasap.my/6013-9117607. Kalau nak dapat dengan harga lagi berbaloi hampa boleh join ahli kat sini.