Call Us Today 013-9117607 yanti25us@gmail.com

Salam hampa semua. Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin buat semua yang sudi singgah di blog Che Yan.

 

Macam mana raya? Ok? Ekonomi masih maintain? Atau dah mula fikir macam mana nak jana ekonomi keluarga semula selepas raya? Kalau ada yang nak jana ekonomi keluarga, jom baca penulisan Che Yan kali ini.

 

Che Yan nak cerita pasal apa kali ni? Actually Che Yan juz nak share peluang untuk jana pendapatan dari Shaklee. Shaklee sememangnya menawarkan 3C iaitu cash, car dan convention. Cash tu sememangnyalah. Dah berniaga mesti ada untung kan. Selain itu setiap belian yang cukup point akan diberikan bonus tunai pula. Car baerkaitan dengan bonus kereta yang juga dibayar secara tunai apabila pengedar bebas Shaklee berjaya melengkapkan syarat untuk mendapatkan bonus kereta. Convention pula ialah percutian mewah sebagai insentif dari pihak Shaklee kepada pengedar yang layak setelah bertungkus lumus menjadi pemimpin terbaik dalam Shaklee. Insentif Shaklee ini bukan biasa-biasa. Percutian yang disediakan oleh Shaklee biasanya merupakan percutian yang mewah.

 

Shaklee memberi insentif dan mengiktiraf para pemimpin yang telah menunjukkan kepimpinan yang baik dalam membina perniagaan Shaklee secara konsisten dan berkembang. Setiap tahun, Shaklee menyediakan bukan satu tetapi dua insentif percutian iaitu insentif percutian antarabangsa dan Serantau untuk memberikan inspirasi dan motivasi kepada para pemimpin perniagaan untuk mencapai sesuatu yang lebih baik setiap tahun kerana pelan perniagaan Shaklee adalah bersifat infiniti. Lebih 4800 Pengedar Bebas Shaklee (SID) telah Shaklee bawa ke 20 buah negara seluruh dunia untuk merasai keunikan budaya, meneroka bandar purba, merasai makanan lazat serta mencipta memori yang tidak dapat dilupakan untuk dikongsikan dengan orang sekeliling depa terutama keluarga dan rakan perniagaan Shaklee yang lain sebagai inspirasi untuk sama-sama maju dalam perniagaan Shaklee.

Tahun 2024 ni dengaq kata Shaklee akan bawa SID yang layak untuk ke Lawatan Antarabangsa Osaka,Nara, Kyoto Jepun dan Lawatan Serantau Pelayaran Royal Caribbean Singapura ke Phuket. Dengaq pun meleleh ayaq lioq kalau dapat pi apa nak kata kan.

 

OSAKA, NARA, KYOTO JAPAN

Sapa yang dapat pi akan dapat meneroka budaya dan bandar bersejarah Jepun dengan Kyoto iaitu bekas ibu negara Jepun dan pusat kuasa empayar selama lebih seribu tahun. Terletak di selatan, Nara mendahului sebagai ibu kota empayar dan sehingga hari ini masih mengekalkan banyak warisan bersejarahnya. Katanya yang dapat pi akan menginap di Osaka, kawasan metropolitan kedua terbesar Jepun selepas Tokyo. Osaka ni beza sikit daripada Kyoto dan Nara. Osaka ni sebuah bandar besaq, menonjol dan sibuk yang terkenal dengan pusat membeli-belah, hiburan malam dan beberapa makanan terbaik Jepun. So, sapa yang dapat pi trip kali ni lompat bintang la boleh shopping sakan dan menikmati makanan Jepun.

 

 

PELAYARAN ROYAL CARRIBEAN SINGAPURA KE PHUKET

Sapa yang qualify untuk pelayaran ni, Spectrum of the Seas memang satu  pengembaraan yang full of experience. Sapa pi trip ni boleh rasa tahap adrenalin hampa meningkat dalam Sky Pad, pengalaman trampolin bungee yang hampa tak pernah rasa. Dengaq kata ada robot akan buat jus khas untuk hampa di Bionic Bar. Walaupun hampa dok tengah laut hampa dapat akses banyak kemudahan macam hampa dok kat darat sebab kapal dia bapok besaq. Percutian dengan Shaklee memang luar biasa.

 

Dan lagi hampa aii kalau nak kejar trip ni sebab cycle Shaklee baru mula bulan 4. Semua pun mula dengan impian dan Langkah pertama. Kalau hampa nak join Shaklee rojer la Che Yan.

www.wasap.my/013-9117607