Call Us Today 013-9117607 yanti25us@gmail.com

MUDAHNYA BERPUASA DENGAN SET PUASA SHAKLEE

Kali ini perkongsian tentang mudahnya berpuasa oleh Puan Huwaida

Solat perlu diganti dengan solat. Puasa boleh diganti dengan pembayaran fidyah. Walaupun amalan berpuasa mempunyai rukhsah yang lebih ringan berbanding solat, saya, Huwaida memilih untuk melakukan yang terbaik semasa berpuasa.
.

Sepanjang tiga tahun berturut-turut, saya diberi sedikit ujian pada bulan puasa. Pada bulan Ramadan tahun 2018, saya diuji dengan adanya alahan mengandung. Terasa betul-betul teruji setiap pagi dan setiap kali mahu memasak untuk berbuka. Tapi, alhamdulillah, makanan berbuka tak perlu dibeli di bazar sepanjang berpuasa. Satu kejayaan buat saya.
.

Pada Ramadan tahun 2019, saya terpaksa berpuasa sambil menyusu penuh anak yang baru berusia 3 bulan. Pada tahun itu, saya juga berjaya memasak makanan berbuka untuk keluarga sepanjang Ramadan.
.

Pada tahun ini, Ramadan 2020, saya diuji untuk berpuasa dalam keadaan saya mendapat alahan mengandung dan masih menyusu anak. Dua keadaan ini pada mulanya agak mudah bagi saya. Tapi malangnya pada hari ke-21 saya berpuasa, saya mendapat gejala keracunan makanan.
.

Saya muntah dan cirit-birit lebih 3 kali. Memang tak boleh dan tak berdaya nak kekalkan rekod “Ramadan Tanpa Bazar” saya untuk hari ke-21 ni. Tapi, alhamdulillah, saya masih berupaya berpuasa dan uruskan anak-anak.
.

Bila berbuka, memang tak boleh langsung nak telan nasi. Saya minum air dan buah. Sahur esoknya pun saya hanya mampu telan 2 hingga 3 suap nasi. Keadaan berterusan sampai hari ke-24 berpuasa. Saya tak mampu menelan makanan pejal seperti nasi lebih pada 3 suapan, tapi alhamdulillah, dah boleh memasak untuk berbuka dan sahur.
.

Bayangkan, sahur begitu, berbuka juga begitu. Dengan keadaan saya masih perlu menyusu anak dan keletihan dengan alahan mengandung. Fuh! Jadi, dari mana saya dapat tenaga untuk berpuasa?
.

Ya, saya dapat tenaga untuk berpuasa dengan set puasa Shaklee. Untung rasanya, bila saya tak boleh makan makanan pejal secukupnya, tapi masih boleh minum ESP (Energizing Soy Protein) yang mempunyai glisemik indeks yang rendah. Jadi, boleh kenyang lama.
.

Saya juga mengambil minuman isotonik, Performance Drink supaya badan tidak terhidrasi. Rugi sangat bila boleh usahakan untuk berpuasa tapi tak usahakan betul-betul. Selepas bulan Ramadan boleh usahakan untuk berpuasa sunat pula.
.

Bagi yang mahu dapatkan sokongan untuk berpuasa, marilah cuba set puasa Shaklee ni. Sangat berbaloi. Walaupun berpuasa, badan tak lemau nak bekerja seperti hari-hari biasa.
.

Terima kasih Shaklee.
Terima Kasih Supermom Shaklee Story!