Call Us Today 013-9117607 yanti25us@gmail.com

Subhanallah, maha suci Allah yang menghidupkan dan mematikan.

Baru-baru ni che yan berkunjung ke Program Mendekati Perjuangan Rasullallah. Program ini mempamerkan artifak rasullallah yang sangat menyentuh perasaan.

Bayaran tiket yang dikenakan amatlah murah jika dibandingkan dengan tinggalan sejarah yang cukup menyentuh perasaan kerana artifak yang dipamerkan ialah berkaitan dengan junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Tiket untuk dewasa ialah RM10 dan untuk kanak-kanak berusia 5 tahun ke atas ialah RM 5.

Melangkah masuk ke ruang pameran, perkara pertama yang che yan lihat ialah kunci Kaabah dizaman Uthman.

Seterusnya che yan beralih ke Tanah makan nabi. Tanah tersebut kelihatan berpasir dan solah tiada berlaku sebarang perubahan walau zaman silih berganti. Dikatakan tanah ini sangat harum baunya.

che yan melangkah pula ke arifak yang seterusnya iaitu debu makam nabi. perbezaan debu makam nabi dan tanah makam nabi ialah debu ini di kutip di atas kain yang menyelimuti makam nabi.

Seterusnya che yan melangkah pula untuk melihat replika cop mohor nabi. Di pameran tersebut sememangnya ada artifak sebenar dan ada dalam bentuk replika. Bagi membezakan antara artifak sebenar dan replika ialah artifak sebenar  dipamerkan bersama dengan sijil pengesahan dari kerajaan Saudi.

Artifak peninggalan nabi yang sangat menakjubkan ialah rambut dan janggut nabi. Jika di lihat dalam gambar, rambut dan janggut nabi yang dikutip panjangnya hanya seperti ukuran bekas penyimpanan rambut dan janggut tersebut. Namun kelihatan terdapat lengkungan pada hujung rambut dan janggut tersebut kerana rambut dan janggut tersebut masih lagi tumbuh memanjang walaupun nabi sudahpun wafat.

Darah nabi juga dipamerkan, satu disimpan dalam bentuk gaulan pasir dan satu lagi pada kapas seperti yang dapat kita lihat pada gambar.

Tongkat nabi juga dipamerkan. Walaupun kelihatan sudah lama tapi tongkat tersebut masih utuh.

Peluh nabi turut dibotolkan. Bak kata jurucakap di tempat pameran, apa-apa saja kepunyaan rasullallah @ apa-apa saja yang gugur dari badan rasullallah akan dikutip dan disimpan. Namun untuk peluh nabi yang disimpan ini adalah hasil ekstrak dari tikar yang jadi tempat pembaringan nabi. Hasil ekstrak ini dikatakan peluh nabi kerana baunya sama seperti semua barang kepunyaan nabi. Sesungguhnya apa-apa saja ditubuh nabi baunya sangat harum.

Beberapa replika siri peperangan juga turut dipamerkan seperti :

REPLIKA PERANG BADAR


REPLIKA PERANG UHUD

REPLIKA PERANG KHANDAK

REPLIKA PERANG KHAIDAR

Turut di pamerkan ialah kelambu kaabah yang pernah menutupi kaabah. Alhamdulillah che yan dapat peluang menyentuh kiswah itu. Allahuakbar. Saat menyentuh kiswah tu, tak semena-mena bergenang air mata. Teringinnya rasa nak jejak tanah haram sana.

KELAMBU KAABAH YANG DIBINGKAIKAN

Yang singgah di blog che yan boleh jugak tengok kompilasi artifak rasullallah dalam bentuk video kat bawah ni.

So, jom kita selawat keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.