Call Us Today 013-9117607 yanti25us@gmail.com

Salam semua. Apa habaq? Hari ni Che Yan agak sibuk sebab perlu buat persiapan untuk sambutan Aidiladha di tempat kerja. Memandangkan semasa Aidilfitri kami tak buat sambutan atas faktor cuaca yang sangat panas maka kami gantikan dengan sambutan Aidiladha. tumbang jugak la lembu seekor. Anyway Che Yan nak citer tentang kerja dari rumah. Kerja dari rumah sememangnya ada pro n cons. Tapi hari ni nak cerita tentang kebaikan bekerja dari rumah. Ada orang yang kerja hakikinya membolehkannya bekerja dari rumah. Ada juga individu yang bekerja sendiri dan mengusahakan perniagaan secara dalam talian dan hanya beroperasi dari rumah. Tumpuan Che Yan hari ini ialah kepada kelebihan bekerja dari rumah bagi mereka yang mengusahakan perniagaan secara dalam talian.

Secara umumnya, bekerja dari rumah mempunyai pelbagai kelebihan seperti waktu yang fleksibel, persekitaran tempat kerja yang tenang, keseimbangan yang lebih baik antara rumah dan pejabat serta tidak perlu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Bekerja dari rumah dalam keadaan santai boleh mengurangkan tekanan, membantu untuk berehat dan menenangkan fikiran.

WAKTU KERJA YANG FLEKSIBEL

Hampa yang buat kerja dari rumah ni memang sangatlah bertuah sebab waktu kerja hampa sangatlah fleksibel. Hampa boleh buat kerja bila-bila masa dan dimana-mana saja tanpa perlu ada pemantauan dari majikan. Namun kerja dari rumah sememangnya perlukan tahap disiplin yang tinggi agar kita dapat memperuntukkan kualiti masa bekerja bersesuaian dengan  jumlah pendapatan yang kita inginkan.

PERSEKITARAN YANG TENANG

Rumah sudah semestinya tempat yang paling tenang. Berkerja dari rumah akan memberi ketenangan kepada seseorang individu. Bekerja sendiri dari rumah tanpa tekanan dari mana-mana pihak akan membolehkan kita merasa lebih tenang. Persekitaran yang kondusif dan waktu rehat yang fleksibael juga menyumbangkan ketenangan kepada individu yang bekerja dari rumah.

KESEIMBANGAN MASA BEKERJA DAN MASA DI RUMAH

Kerja dari rumah akan memboleh kita menyeimbangkan masa antara masa bersama keluarga dan masa bekerja. bekerja dari rumah membolehkan kita sentiasa berada dirumah dan mampu untuk menampung kelompangan waktu bersama keluarga.

TIDAK PERLU MENYEWA KEDAI

Menjana pendapatan dari rumah membolehkan kita berjimat kerana kita tidak perlu menyewa tapak atau kedai untuk menjalankan aktiviti perniagaan. Semuanya diuruskan secara dari rumah dan dalam talian. Perkara asas yang kita perlukan ialah laptop atau telefon pintar dan jaringan internet yang baik untuk berurusan secara dalam talian. Selebihnya kita mungkin hanya memerlukan SOHO yang ringkas sebagai tempat yang kita gelarkan pejabat atau pusat operasi perniagaan. Mudahkan?

BEBAS DARI KESESAKAN LALULINTAS

Bekerja dari rumah  mampu mengelakkan kita daripada kesesakan lalulintas. Kesesakan lalulintas juga penyumbang kepada tekanan terhadap seseorang individu. Jadi, bekerja dari rumah mampu mengelakkan tekanan selain daripada menghadap jem dijalanan.

Sekiranya hampa berkeinginan nak bekerja dari rumah tapi tak tau nak buat apa, jom rojer Che Yan kita biz dari rumah je. www.wasap.my/6013-9117607