Call Us Today 013-9117607 yanti25us@gmail.com

Salam semua. Apa habaq? Che Yan hari ni happy sangat sebab dapat tau yang mak dah dapat keluar dari wad esok. Mak Che Yan terkena kuman tanah jadi terpaksalah warded, tapi alhamdulillah esok dah boleh keluar. So, arini Che Yan nak nasihatkan kepada semua kalau ada main tanah  untuk berkebun dan sebagainya. pastikan pakai sarung tangan supaya jika tanah tersebut tercemar dengan kuman maka kita dapat mengurangkan risiko terkena kuman tanah. Remeh kuman tanah ni kalau terkena. Jadi harini Che Yan nak buat entry tentang amalan gaya hidup sihat. ada beberapa perkara yang perlu kita titik beratkan dalam amalan gaya hidup sihat. Berikut merupakan perkara yang perlu hampa ambil cakna :

 

MENJAGA PEMAKANAN SEHARIAN

Perkara paling penting dalam mengamalkan gaya hidup sihat adalah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Ianya meliputi pengambilan pelbagai jenis makanan berdasarkan piramid makanan. Antara makanan-makanan yang paling utama atau perlu diambil berdasarkan piramid makanan adalah makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi dan bijirin.Karbohidrat membekalkan tenaga untuk membolehkan tubuh badan kita dapat menjalankan pelbagai urusan kehidupan seharian. Seterusnya, pengambilan makanan yang digalakkan berdasarkan piramid makanan adalah seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Dalam masa yang sama hampa perlu kurangkan makanan yang mengandungi lemak, minyak, garam, dan gula untuk mengelakkan pelbagai penyakit kronik seperti serangan jantung, diabetes, darah tinggi dan sebagainya.

MELAKUKAN SENAMAN ATAU RIADAH

Melakukan aktiviti senaman dan riadah penting untuk tubuh badan kita. Dengan mengamalkan pengambilan makanan seimbang serta amalan bersenam dan beriadah secara konsisten ni hampa akan dapat membakar kalori dalam badan dan juga mengurangkan masalah peningkatan berat badan. Aktiviti senaman dan riadah boleh dilakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Anggaran tempoh bagi setiap sesi senaman dan riadah tersebut adalah dalam masa 20 hingga 30 minit. Tapi harus diingat, senaman dan riadah harus dilakukan secara ansur maju supaya badan tidak terkejut dengan pergerakan fizikal yang hampa lakukan.

 

JAUHKAN DIRI DARIPADA TEKANAN

Pengurusan tekanan diri atau stress juga amat penting. Tekanan atau stress yang berterusan yang berlaku sama ada di tempat kerja atau tempat belajar atau masalah rumah tangga perlu ditangani dengan baik agar tidak menjejaskan kesihatan. Seseorang yang mengalami tekanan perlulah bijak mencari formula untuk menguruskannya supaya fikiran tidak kusut sehingga mengganggu kehidupan harian kita serta akhirnya boleh menjejaskan kesihatan diri. Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan tekanan ialah mendekatkan diri dengan Tuhan, berkongsi masalah dengan kawan rapat atau berjumpa dengan kaunselor untuk mendapatkan nasihat.

 

MENDAPATKAN PEMERIKSAAN KESIHATAN

Kebanyakan orang biasanya akan berjumpa dengan doktor apabila sudah sakit sahaja. Tetapi mereka lupa bahawa gaya hidup yang sihat itu memerlukan seseorang membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala. Pemeriksaan kesihatan ini boleh dibuat di hospital kerajaan atau swasta dengan kekerapan sebanyak dua kali setahun. Dengan mengetahui tahap kesihatan kita, kita boleh mengambil langkah tertentu bagi memastikan kesihatan kita terus berada dalam keadaan baik.

 

AMBIL SUPLEMEN YANG SESUAI

Pengambilan suplemen yang sesuai amat penting kerana kebanyakan dari kita tidak mampu untuk memenuhi keperluan piramid makanan dengan tepat. Kelompangan nutrisi akan mengundang masalah kesihatan. Berikut merupakan suplemen terpenting untuk kesihatan tubuh:

Multivitamin

Yang penting sekali, mulakan dengan multivitamin sebagai asas dan berikan tubuh hampa nutrisi asas yang diperlukan.

Asid Lemak Omega-3

 

Asid lemak Omega-3 (seperti EPA & DHA) menurunkan trigliserida tinggi, dan mengurangkan risiko strok dan penyakit jantung, membantu menormalkan tekanan darah, dan juga telah terbukti dapat mengatasi masalah rheumatoid arthritis, kemurungan, asma, ADHD , Alzheimer dan Demensia.

Vitamin C

 

Ramai yang tidak cukup vitamin C dalam diet mereka. Vitamin C penting untuk pengeluaran kolagen, penyembuhan luka, penyerapan zat besi dan sistem imun. Oleh kerana badan kita akan proses vitamin C dengan kadar yang cepat, cari produk vitamin C yang boleh melepaskan kandungannya secara berterusan dalam tempoh yang panjang.

Vitamin D

 

Vitamin D penting untuk metabolisme kalsium. Jika hampa mahu tulang yang sihat, sila ambil vitamin D. Vitamin D juga menyokong sistem imun kita. Dengan mempunyai Vitamin D pada tahap optimum boleh membantu mengekalkan kesihatan kardiovaskular dan mengurangkan risiko kanser. Ia juga menolong dalam mengatasi kemurungan.

Vitamin B

 

Vitamin B membantu mengawal metabolisme karbohidrat, lemak dan protein. Ia juga membantu dengan sintesis DNA dan pembaikan; dan homocysteine lebih rendah. (Metabolisme homocysteine memerlukan pengambilan asid folik yang mencukupi.) Vitamin B juga bagus dalam pengurusan tekanan stres.

Vitamin K

 

Vitamin K tidak begitu dikenali dibandingkan dengan vitamin-vitamin lain. Namun begitu ia sangat penting untuk kesihatan kita. Kita kekurangan Vitamin K dalam badan kerana bukan semua minat makan sayur-sayuran hijau. Vitamin K penting untuk kesihatan tulang, pembekuan darah dan penyembuhan luka.

 

Kalsium

Kalsium terkenal dengan kepentingannya untuk kesihatan tulang dan kalsium dapat mengurangkan risiko osteoporosis. Kalsium juga membantu mengekalkan tekanan darah yang normal.

Antioksidan

Antioksidan penting untuk melindungi badan kita daripada radikal bebas. Sumber-sumber terbaik antioksidan adalah buah-buahan dan sayur-sayuran. Secara alternatif, dapatkan suplemen yang mengandungi vitamin C, E, beta-karotena, lycopene, lutein, zink dan selenium.

Lutein dan Lycopene

Lutein dan Lycopene adalah antioksidan yang hebat. Lutein dan Lycopene menyokong sistem imun kita dan membantu mengekalkan kesihatan secara keseluruhan. Pengambilan secara jangka panjang akan membantu mengekalkan kesihatan mata, jantung, kulit dan paru-paru.

Probiotik

Walaupun ianya bukan nutrien, probiotik berada di dalam senarai ini kerana ianya penting untuk fungsi penghadaman yang normal. Probiotik adalah mikroorganisma yang membantu saluran pencernaan sapaya sentiasa berfungsi normal. Probiotik boleh mengurangkan sembelit dan cirit-birit.

Peribahasa Melayu ada menyebut “mencegah itu lebih baik dari mengubati” maka marilah kita sama-sama mengamalkan gaya hidup sihat sebelum terlambat.

So, hampa yang nak completekan keperluan nutrisi bulih rojer Che Yan sebab Che Yan ialah SID Shaklee yang sah. Boleh hubungi Che Yan di www.wasap.my/013-9117607 . Nak dapatkan suplemen dengan harga yang berpatutan hampa bulih join keahlian Shaklee disini. So ingat suplemen ingat Che Yan.