Call Us Today 013-9117607 yanti25us@gmail.com

Salam semua. Apa habaq? Selalu entry Che yan banyak cerita pasal produk Shaklee kan? Tapi mesti orang tertanya-tanya adakah Che Yan ni sekadar promot produk saja tanpa mengamalkan produk secara konsisten. Betul ke produk Shaklee yang selalu Che Yan dok tulis dalam entry Che Yan tu berkesan?

 

Jom harini Che Yan cerita tentang testimoni shaklee saya yang masih hidup iaitu kisah Che Yan sendiri. Sebenarnya banyak perubahan dalam diri Che Yan selepas mengamalkan Shaklee. Che Yan mula mengamalkan suplemen Shaklee sejak mengandungkan anak sulung. Namun paa masa itu Che Yan abil Shaklee ikut-ikutan saja. Che Yan memang buat research dulu sebelum ambil sebarang suplemen. Apabila dibandingbezakan, Che Yan mendapati Shaklee yang terbaik pada masa itu. Jadi Che Yan pun belilah suplemen Shaklee dari SID yang bagi Che Yan hanya menjual produk semata tapi tiada sebarang konsultasi. Jadi pengambilan suplemen Shaklee pada masa itu hanya ikut aturan di botol semata-mata. Tapi syukur juga sebab ambil Shaklee bukan yang lain. Pengambilan suplemen Shaklee masa tu hanya waktu hampir melahirkan dan sewaktu berpantang.

 

Long story short, semasa mengandung anak ketiga seperti biasa Che Yan akan cari suplemen Shaklee untuk support kesihatan Che Yan. Kali ni Che Yan pilih kawan Che Yan sendiri yang jadi SID Shaklee. Melihat kepada cara beliau share info Che Yan rasa tertarik. Maka berpantang anak ketiga dan keempat memang bershaklee dan dengan bimbingan. Selepas anak ketiga Che Yan terus menjadi pengamal tegar suplemen Shaklee walau bukan dalam tempoh mengandung atau melahirkan.

 

Cinta Che Yan jatuh berkali-kali dengan Shaklee apabila Shaklee mengeluarkan rangkaian penjagaan wajah iaitu YOUTH skin care. Untuk pengetahuan semua Che Yan ada masalah kulit muka yang penuh dengan parut jerawat, parut alergik serta kulit kusam dan tidak sekata. Che Yan sebenarnya alergik pada terung. Pelik kan alergik dengan sayuran? Tapi itulah hakikatnya. Jika termakan terung memang muka Che Yan akan breakout teruk dan meninggalkan parut hitam yang sangat menjegkelkan. Tengoklah ni.

 

 

 

Produk drug store apa yang Che Yan tak cuba. Semuanya try and error tapi gagal. Produk antarabangsa pun Che Yan pernah cuba. Memang ada menampakkan hasil tapi tak lama dan tetap menghampakan. Apabila Shaklee mengeluarkan rangkaian penjagaan wajah YOUTH memang Che Yan tidak ragu-ragu untuk mencuba. Kajian secara dermatologi dan oftamologi terhadap produk YOUTH menambah keyakinan Che Yan untuk menggunakan YOUTH.

 

Che Yan bermula dengan set basic walaupun Che Yan beli full set bersama serum dan juga C+E namun Che Yan telah dinasihatkan untuk menggunakan set basic terlebih dahulu agar kulit dapat beradaptasi dengan baik terhadap rangkaian YOUTH. Menggunakan YOUTH menjadikan wajah Che Yan semakin sihat. Parut makin memudar hari demi hari. Apa tidaknya sebelum ni Che Yan hanya ambil suplemen Shaklee saja sudah memberikan kesan baik kepada kulit.

 

Pengkhususan penjagaan wajah yang konsisten memberikan impak yang sangat mengujakan. Pendek kata tranformasi wajah Che Yan ni macam from makcik-makcik to kakak-kakak. Tengok lah ni. Agak-agak berapa bintang hampa nak bagi kat produk Shaklee kalau dapat transform cenggini. Tapi sori la gambo ni ada macam efek camera terbalik sikit.

 

Ni antara gambar terbaru Che Yan. Rangkaian penjagaan wajah Shaklee semakin ramai adik beradiknya. Dah ada masker, eye treatment dan yang terbaru ada juga BB cream. Memang ngam dengan Che Yan yang malas make up atau lebih tepat tak pandai make up.

 

 

Sebelum bertemu YOUTH Che Yan memang banyak juga perkakasan make up. Sebab apa? Sebab nak menutup cela dimuka. Consealer saja dah berapa warna. Itu blon lagi masuk segala mak nenek foundation sebab nak mengurangkan penampakan parut breakout. Syukurlah setelah mengenali YOUTH hidup Che Yan berubah 360 darjah. Tiada lagi perkakasan make up yang pelbagai. Selamat poket. Nak Nampak muka siap sikit Che Yan hanya perlu pakai pelembab yang dah ada SPF dalam rangkaian YOUTH dan YOUTH BB cream. Add on lipstick sikit dah onzzz.

 

Apabila kulit kita sihat, dengan touch up yang sedikit saja muka sudah kelihatan berseri. Tak tahulah orang lain tapi untuk Che Yan, selepas final touch dengan YOUTH BB cream muka akan auto nampak pinkish sket kat pipi ala-ala macam pakai blusher. Best sangat hampa aiiii. Jom la cuba. dalam usia yang dah mencecah 40-an ni masih ada yang meneka umur Che Yan berada di penghujung 20-an. Sedikit parah apabila ada yang cuba masuk jarum kerana menyangka masih bujang. Mak anak 4 dah Che Yan ni. Namun begitulah bagi pengamal tegar shaklee. Bukanlah kisah bangga apabila kelihatan lebih muda dari usia namun, keyakinan diri apabila berdepan dengan orang serta mendapat kesihatan yang baik dengan asbab mengamalkan shaklee secara luaran dan dalaman membuatkan Che Yan terus setia dengan shaklee dan amat gembira berkongsi manfaat dan kebaikan produk shaklee.

 

Kalau hampa nak try YOUTH Shaklee hampa rojer Che Yan di www.wasap.my/6013-9117607. Kalau hampa nak dapatkan YOUTH dengan harga special hampa bulih join ahli Shaklee kat sini. Semoga entry kali ini mendapat hadiah istimewa tajaan www.anakkuwira.com.