Call Us Today 013-9117607 yanti25us@gmail.com

Salam semua. Masih dalam mood raya ke tu. Selagi dalam bulan Syawal selagi tu akan ada undangan rumah terbuka. Untuk famili Che Yan, raya pertama sampai raya ketiga memamng keluar beraya saja. Masuk raya keempat hari-hari dah jadi hari raya open house.

 

Hari raya keempat student Che Yan batch SPM 2021 datang berkunjung. Meriah betul anak-anak pelajar ni. Masa ni Che Yan masakkan mi goreng mamak. Berselera betul anak-anak ni makan. Diorang memang biasa merasa air tangan Che Yan.

 

Raya kelima student form 4 pulak bertandang. Masa ni Che Yan masak sup tulang matching dengan bihun so jadilah bihun sup tulang versi utara. Seronok tengok anak-anak makan berselera betul bertambah-tambah. Katanya kalau cikgu pencen nanti cikgu buka la restoran mesti restoran cikgu penuh sokmo. Diorang pulak tolong plan masa depan kita. Tapi sebenarnya Che Yan memang ada cita-cita nak buka kedai makan satu hari nanti. Tapi dalam masa yang sama ada jugak pasang angan-angan nak jelajah dunia bila pencen nanti.

 

Masuk raya kelima Che Yan decide nak masak laksa dan ajak semua rakan sekerja termasuk AKP kat sekolah Che Yan berkhidmat tu. Maka jadi amacam ala-ala open house penutup la. Kebetulan bekas pelajar batch SPM 2020 & 2022 pun nak datang jadi bertambah meriah suasana. Alhamdulillah masa hari kejadian yang berkelapangan semua datang. Tapi kan bila sibuk laayan orang gambar pun lupa nak ambil. tetamu akhir ni je yang sempat.Laksa utara in da house kenn.

 

 

Dalam dok asik hari raya open house dirumah sendiri, Che Yan dapat juga undangan hari raya open house dari rakan-rakan sejawat. Yang bestnya diorang buat sebelah malam. Memang macam faham je sebelah siang kite sibuk dengan tetamu kat rumah.

Malam raya ketiga dapat jemputan dari Ustazah Umi Kalthum. Beliau dah pencen sebenarnya tapi ukhwah yang terjalin tetap mengingatkan  beliau pada adinda yang seorang ini. Menu mi sup dan spegeti goreng disediakan. Suami Ustazah Umi tu memang terkenal dengan kepakaran memasak. Apa saja yang dia campak masuk periuk kuali semua jadi hidangan yang sedap. Tengah-tengah menikmati hidangan sedia ada tu, ada pulak menu tambahan iaitu cendawan inoki goreng celup tepung. Punya la sedap cendawan goreng tu sampai berebut-rebut anak-anak makan.

Malam raya keempat terima jemputan dari Cikgu Hannah. Makan kambing bakar, kari ayam and of coz ada nasi putih dan mi goreng also. Jumpa pulak kengkawan yang sebelum ni yang sama-sama satu sekolah tapi dah berhijrah ke sekolah lain. Bila dah berjumpa macam macam cerita dikongsi Bersama. Kami dah macam adik-beradik.

 

Hari raya kelima Che Yan dikunjungi pulak oleh mentor Che Yan iaitu Hajjah Rohani. Actually masa Che Yan baru posting kat sekolah yang Che Yan sedang berkhidmat sekarang ni Hajjah Rohani ni masih berkhidmat kat sini. Masa tu bukan setakat student kecut perut dengan beliau, kami guru-guru pun menggigil kalua nak jumpa beliau. Watak yang tegas buat beliau disegani ramai tapi tak pernah lokek dengan ilmu. Gerak kerja Che Yan banyak dipengaruhi cara bekerja beliau. Tapi mana mungkin lawan sifu. Masa mentor Che Yan datang Che Yan buatkan roti jala.

 

 

Begitulah kisah hari raya open house Che Yan kali ni. Haa… dalam dok seronok berhari raya jangan lupa pastikan nutrisi kalian tu mencukupi. Jaga kesihatan ye semua. Kalau nak dapatkan suplemen yang selamat, semulajadi dan berkesan jangan lupa rojer Che Yan.

www.wasap.my/6013-9117607