Call Us Today 013-9117607 yanti25us@gmail.com

Salam hampa semua. Apa habaq? Dah hujung Ramadan ni. Tercapai ke tidak cita-cita nak kurus di bulan Ramadan ni? Apapun niat kena betul. Kurus untuk mudahkan pergerakan ibadah kita kepada Allah. Apabila sebut pasal kurus, semua orang kalau boleh nak kurus dengan cepat. Sedangkan masa badan nak naik dulu bukanlah mengambil masa sehari dua.

 

Sebenarnya, kurus dengan cepat bukanlah satu tindakan yang baik kerana badan kita tidak mampu beradaptasi dengan perubahan yang berlaku. Kebiasaannya individu yang ingin kurus akan mengehadkan pemakanan tanpa mengambil kira deficit nutrisi yang badan perlukan. Kejutan kepada sistem badan akan memberikan kesan buruk terhadap kesihatan badan. Namun, jika hampa nak kurus dengan cepat, Che Yan cuba bagi tips yang dapat bantu hampa turun berat badan secara lebih sihat:

 

KURANGKAN PENGAMBILAN KALORI

Salah satu cara tercepat untuk menurunkan berat badan adalah dengan mengurangkan pengambilan kalori. Hampa cuba makan makanan yang lebih rendah kalori dan lebih kaya nutrisi seperti sayuran, buah-buahan, biji-bijian, dan protein tanpa lemak.

HADKAN PENGAMBILAN KARBOHIDRAT.

Karbohidrat merupakan sumber tenaga utama tubuh, tapi kalau hampa hadkan pengambilan karbohidrat, badan hampa akan mula membakar lemak sebagai sumber tenaga. So, apabila lemak dah digunakan maka secara tak langsung berat hampa pun akan makin berkurang.

 

TINGKATKAN PENGAMBILAN PROTIEN

Makanan yang kaya protein dapat membantu mengurangkan nafsu makan dan meningkatkan metabolisme tubuh hampa. Cuba hampa makan daging tanpa lemak, ikan, ayam, kekacang, atau tauhu untuk meningkatkan pengambilan protein hampa.

MINUM BANYAK AIR

Minum banyak air dapat membantu mengurangi nafsu makan dan meningkatkan metabolisme tubuh hampa. Tapi ingat air kosong ya, bukan teh tarik kawwww kedai mamak tu. Hampa cuba minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong setiap hari.

BERSENAM SECARA TERATUR

Bersenam akan membantu membakar kalori dan meningkatkan metabolisme tubuh hampa. Cuba hampa bersenam secara teratur setiap minggu dengan rutin senaman yang hampa suka macam seperti berlari, berbasikal, atau berenang.

ELAK STRESS

Stress akan menyebabkan tubuh kita menghasilkan hormon cortisol yang akan menyebabkan peningkatan nafsu makan dan mengumpulkan lemak dalam tubuh. Cuba hampa untuk buat aktiviti yang menenangkan seperti yoga, meditasi, atau berjalan-jalan di taman.

PENGAMBILAN NUTRISI YANG BAIK DAN CUKUP

Nak turunkan berat badan bukan saja dengan dengan mengawal pemakanan tapi kita perlukan nutrisi yang mencukupi untuk memastikan penurunan berat badan kita adalah penurunan berat yang sihat.

JOM CHE YAN KONGSIKAN NUTRISI TERBAIK UNTUK TURUN BERAT BADAN

ESP, CINCH SHAKE DAN LIFE SHAKE

Ketiga-tiga jenis protein shake ni semuanya mampu membantu pengurusan berat badan. Hampa boleh tengok perbezaan kandungan nutrisi dan pilih ikut keperluan hampa. Yang pasti semuanya mampu bantu hampa kurus tanpa efek menggelebeh. Kerlass kan!

 

 

CINCH TEA MIX

Cinch Tea ni bertindak untuk meningkatkan metabolisma, dan bagus untuk pembakaran lemak. Yang nak kurus, elok sangat ambik Cinch Tea ni sebab  kita boleh tukarkan air manis kepada Cinch Tea yang tak bergula ni. Cinch tea pun bantu kita kawal daripada makan dan minum benda yang pelik-pelik macam jajan ke, air manis ke, fast food. Kalau dulu kita susah nak kawal, tapi bila ambil cinch tea ni dengan sendirinya kita akan kurang feel pada makanan macam tu. Cinch Tea ni juga bantu kita untuk ada tenaga berpanjangan. Jadi, walaupun tengah on diet tak lah kit ani Nampak macam lemau sangat.

 

 

 

LECITHIN

 

Lecithin ialah produk Shaklee yang sinonim dengan pengurusan berat badan. Ramai yang mengambil lecithin untuk mengawal berat badan. Lecithin shaklee adalah berasaskan soya dan bebas kolestrol. Sistem badan kita tidak boleh menghasilkan lecithin so, kita disarankan untuk mengambil lecithin berasaskan soya ini untuk memudahkan proses pengurusan berat badan kita.

So, kalau hampa nak dapatkan nutrisi terbaik dari Shaklee untuk kurus dengan cepat jangan lupa rojer Che Yan

www.wasap.my/013-9117607