Call Us Today 013-9117607 yanti25us@gmail.com

Salam semua. Sempena dah masuk bulan Ramadan ni tiba-tiba rasa nak buat roti jala untuk berbuka. Roti jala kalau makan dengan kuah kari memang ngam. Tapi masalahnya bahan basah ikan Ayam bagai habis la pulak. Esok-esok kita shopping. Maka buat saja apa yang ada. Mula-mula kita tengok bahan untuk buat roti jala dulu.

Bahan-bahan Roti Jala

1 kg Tepung gandum(Che Yan  guna cap Sauh)
4 biji Telur gred B
1 tin Susu cair marigold
1sudu kecik garam
Secawan minyak masak
1500ml air (agak2 ja)
Pewarna

Cara :
Gaul sebati semua, blend then tapis.
Nak tau bancuhan dah ok tengok pusaran masa blender. Pusaran tu boleh masukkan jari telunjuk dan jari tak kena bancuhan maknanya bancuhan dah elok. Kalau pusaran besar tambah tepung sikit-sikit, kalau pusaran kecik tambah air
Lepastu masuk dlm botol muncung 5 menjala lah seperti biasa guna pan nonstick.

Ok, sekarang kita nak buat pencicahnya pulak. Memandangkan rumah Che Yan takde bahan nak menggulai maka Che Yan putuskan untuk buat sos pandan. Jom kita tengok bahan-bahannya.

Bahan-bahan Sos Pandan:

1/2 cawan adunan roti jala
1/2 cawan santan
1/2 cawan gula
1 cawan air
Sedikit pewarna hijau
Sedikit esen pandan

Cara :

Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau rata. Nyalakan api. Kacau adunan sehingga pekat. Setelah adunan masak, sejukkan.


Apabila roti jala dah siap, sos pun dah siap maka marilah kita sappederk. Eh, klau bulan puasa kenalah tunggu azan maghrib dulu. Selamat mencuba.

Eh sebelum terlupa, selain dari hobi memasak, Che Yan juga saudagar suplemen shaklee. Boleh hubungi Che Yan untuk chit chat berkaitan biznes atau produk shaklee.

Bleh rojer Che Yan di :

Blog :

vitaminDhatiku.blogspot.com
omelancheyan.com

FB :

Shahizan Rahimi

FB page kawasan :

Pengedar Shaklee Jerantut 013-9117607

FB page semalaysia :

vitaminDhatiku

Whatapp :

www.wasap.my/6013-9117607