Call Us Today 013-9117607 yanti25us@gmail.com

KEKAL SIHAT SEPANJANG PERJALANAN PENYUSUAN

Entry kali ini Che Yan nak ceritakan nutrisi untuk ibu-ibu agar kekal sihat sepanjang perjalanan penyusuan. Bukan mudah untuk kekal aktif dalam tempoh menyusu dan dalam masa yang sama perlu melunaskan tugas harian yang lain. Jom baca bersama-sama.

1. ALFALFA

Selain menjadi penggalak susu semula jadi yang hebat, alfalfa juga menawarkan pelbagai manfaat seperti:

  • Memberi nutrisi kepada badan ibu untuk menyokong penyembuhan yang cepat.
  • Menggalakkan penghasilan susu ibu secara semula jadi.
  • Seratnya membantu mengawal atur pembuangan air besar, selepas bersalin.

2. PROTEIN

Sebagai blok binaan sel, protein menyokong proses penyembuhan luka anda. Malah, ibu yang menyusukan bayi memerlukan protein dua kali lebih banyak berbanding ibu yang tidak menyusu kan bayi. Protein membantu untuk :

  • Memberikan tenaga berpanjangan.
  • Menyediakan badan anda untuk penghasilan dan pengekalan susu badan.

3. KALSIUM

Ketika anda hamil, bayi telah mengambil kalsium daripada tulang anda untuk membina tulangnya. Pengambilan kalsium yang mencukupi penting untuk:

  • Mengembalikan kepadatan tulang ibu dan mengurangkan risiko osteoporosis apabila tua kelak.
  • Menyokong pembentukan tulang dan gigi bayi yang kuat

4. ASID LEMAK OMEGA 3

Asid lemak perlu ini, biasanya dikenali sebagai asid dokosaheksaenoik (DHA) dan asid eikosapentaenoik (EPA) adalah penting untuk anda dan bayi kerana ia:

  • Membantu perkembangan otak dan penglihatan bayi yang sihat.
  • Boleh membantu merendahkan risiko ibu mengalami simptom gangguan emosi selepas bersalin

5. VITAMIN C

Sarat dengan antioksidan, vitamin C menyokong pembentukan tisu baharu dan pemulihan sel yang membantu untuk:

  • Menghalang jangkitan terutamanya di sekitar luka untuk mempercepatkan penyembuhan luka.
  • Menguatkan perlindungan imun ibu dan bayi

6. VITAMIN B

Oleh kerana ia tidak disimpan dalam badan anda, maka amat penting bagi anda mengambil vitamin B setiap hari untuk:

  • Merangsang penghasilan tenaga ibu dengan menukarkan makanan kepada tenaga.
  • Menyokong perkembangan sistem saraf bayi termasuk mata dan otak
  • Menggalakkan perkembangan fungsi motor bayi yang sihat

7 MULTIVITAMIN • ZAT BESI

  • Anda memerlukan lebih banyak vitamin dan mineral untuk menyokong kesihatan selepas bersalin dan penghasilan susu badan:
    Menghasilkan susu badan yang bernutrisi untuk menyokong pertumbuhan bayi.
  • Mengisi jurang nutrisi ibu untuk penyembuhan dan kesihatan yang lebih baik.

Kalau nak jimat sambil guna produk semulajadi dan berkualiti u boleh join ahli shaklee. Ala tak sampai rm100 pun. Klau nak keahlian percuma pun bulih coz ada caranya.

Banyak manfaat jadi ahli. Bukan setakat dapat harga ahli, u nak berbiz pun bulih. Tapi tak wajib buat biz pun bila dah jadi ahli. Dapat nikmati harga ahli. Bulih akses web dengan id sendiri. Bulih klik-klik secara online jugak untuk dapatkan produk Shaklee. Tapi kalau nak suruh che Yan  oderkan pun okey je.

Owh sebelum terlupa. Opcozz konsultasi dari Che Yan bersama dengan segala HACKS dalam penggunaan produk Shaklee.

Tak tau macam mana nak jadi ahli?

Bleh rojer Che Yan di :

Blog :

vitaminDhatiku.blogspot.com
omelancheyan.com

FB :

Shahizan Rahimi

FB page kawasan :

Pengedar Shaklee Jerantut 013-9117607

FB page semalaysia :

vitaminDhatiku

Whatapp :

www.wasap.my/6013-9117607