Call Us Today 013-9117607 yanti25us@gmail.com

KUTU BABI MASUK TELINGA

Salam semua. Entry kali ni Che Yan nak cerita tentang pengalaman handle anak kena kutu babi.

Siapa yang rasa kasar sangat nak sebut kutu babi tu, boleh lah guna nama formalnya iaitu Sengkenit. Sebelum tu Jom berkenalan dulu dengan si kutu babi ni.

Setelah tanya pak cik Google rupanya parasit ni datang dari dua kelompok hama: Ixodidae (sengkenit yang berkulit keras), atau Argasidae (sengkenit yang berkulit lembut).

Sengkenit atau kutu babi ni menghisap darah manusia dan mamalia menggunakan sengat tajam di bahagian depan, serta 8 kaki untuk membiak dengan aktif lagi-lagi dalam keadaan suhu yang lembap.

Sebab tulah kutu babi ni banyak hidup di kawasan belukar, lalang, dan terdapat banyak haiwan, terutamanya kawasan kampung.

Kutu babi ni akan merayap dulu di kawasan kulit sebelum menghisap darah dan badannya akan membesar 30 kali dari saiz asal.

Selagi belum kenyang, fizikalnya leper dan sangat halus tapi kalau dah melekat di permukaan kulit memang susah nak tanggal.

Ada cara khas bila nak mencabutnya dari kulit supaya tak berlaku infeksi lain. Selalunya bila kena gigit, korang akan rasa sengal-sengal badan, lenguh, kebas atau sampai boleh demam.

Lepas tu Che Yan Google pulak cara nak selesaikan maka Che Yan dapatlah beberapa petua seperti berikut:

Tembakau atau Kapur Sireh

Kutu babi atau sengkenit adalah sejenis kutu yang paling susah nak cabut kerana cengkamannya yang begitu kuat.

Salah satu cara yang korang boleh cuba adalah dengan bancuhan tembakau atau kapur sireh kerana kandungan nikotin yang tinggi.

Nikotin ni sebenarnya berfungsi untuk menggantikan bahan kimia yang digunakan untuk mencegah hama.

Korang hanya perlu ambil sedikit tembakau, campur sedikit air kemudian tekapkan atau titiskan bancuhan tersebut pada kutu babi tersebut selama lebih kurang 20-30 saat sehingga tanggal atau mati.

Minyak cap kapak

Letakkan sedikit minyak cap kapak pada kapas dan sapukan pada badan kutu babi tersebut. Sifat panas dan berangin minyak cap kapak tu akan membuatkan kutu babi rasa panas dan kemudiannya akan tertanggal dengan sendiri. Mudahkan?

Penyembur racun serangga

Oleh kerana kutu merupakan salah satu serangga, boleh lah gunakan penyembur racun serangga seperti Ridsect atau Shieldtox untuk mematikan kutu babi tersebut.

Tapi, jangan pula korang pergi spray anggota badan yang terkena tu, spray pada kapas atau tisu dulu, dan kemudiannya tekap di atas kutu babi tesebut.

Alkohol, minyak tanah atau cuka

Ketiga-tiga bahan ni bersifat panas dan boleh melemahan cengkaman kutu babi dari permukaan kulit. Kalau disapu, maka ianya akan mudah tertanggal kerana berasa tidak selesa dan panas.

Rujuk rawatan dari klinik atau hospital

Sekiranya kutu babi tersebut masih degil melekat di permukaan kulit, maka silalah rujuk pada yang pakar untuk menanggalkan kutu babi tersebut, lagi-lagi kalau dah ada di kawasan yang berisiko seperti dalam telinga, mata, atau kemaluan.

Biasanya para doktor akan menggunakan cecair untuk mematikan kutu babi tersebut dan menggunakan penyepit untuk menarik anggota badan kutu babi tu dengan perlahan-lahan.

Che Yan memilih untuk rujuk klinik. Tapi sayangnya doktor kat klinik tak boleh apa-apa sebab kutu babi tu dalam telinga. Tiada alat. Doktor pun refer ke hospital Jengka namun hospital Jengka hanya mampu bagi ubat kerana peralatan tidak mencukupi. Kata doktor hanya pakar telinga saja yang boleh buat kerana bimbang berlaku pendarahan.

Doktor di hospital Jengka berikan ubat titis untuk tujuan matikan kutu babi. Surat rujukan juga disertakan untuk temujanji pakar keesokannya di hospital temerloh (HOSHAS).

Perkara yang merunsingkan kebanyakan kawasan dinaiki air. Jalan mana harus di telusuri untuk sampai HOSHAS. Dapatkan info sana sini. Kebanyakan mengatakan jalan putus akibat banjir.

Namun bila kau jadi ibu bapa kau akan tak reti nak duduk diam bila anak sakit. Yess kami terjah temerloh jugak. Naik Highway masih ok. Sampai laluan jalan Temerloh, air sudah mula memasuki jalan namun masih boleh di lalui.

Apa nak jadi, jadilah yang penting kutu babi dalam telinga anak mesti dikeluarkan. Kesian. Sakit. Tapi ibu tak boleh nak buat apa.

Alhamdulillah sampai hospital terus mendaftar dikomplek pakar. Terus dapat nombor dan tunggu giliran. Dalam hati berdoa agar urusan dipermudahkan dan tidak terlalu lama. Dalam masa yang sama membayangkan air yang makin memenuhi jalan. Allah.

Ni video perkongsian Che Yan berkaitan kutu babi masuk telinga QASEH.

Part 1

Part 2

Alhamdulillah kami berjaya pulang semula ke Jengka dengan selamat namun melihat air yang naik semasa dalam perjalanan pulang sangat mengerikan namun ada yang buat konsert dekat belakang🤭

Ni pulak kutu babi dan “fosil” yang berjaya di keluarkan.

Kesimpulannya jangan ambil mudah bila anak-anak mengadu sakit walaupun mereka aktif.