Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) Anak Saya Tidak Merebak dan Sembuh Selepas 5 Hari Setelah Saya Berikhtiar Dengan Suplemen Shaklee.
Gelisah seorang ibu saat anak kesakitan. Girang seorang ibu apabila melihat anak membesar dengan sihat.
Jom ikuti pengalaman Dr. Najihah membantu anaknya pulih dari HFMD.
Saya Dr Najihah, pengguna setia Shaklee sejak tahun 2011 lagi. Kenapa saya masih setia dengan produk Shaklee sejak dulu hingga kini? Sebabnya, keadaan kesihatan saya dan keluarga bertambah baik dengan izin Allah, setelah saya men’Shaklee’kan diri dan keluarga saya.
Alhamdulillah, pada kali ini untuk kesekian kalinya saya ingin kongsikan testimoni Shaklee seterusnya, yang dialami oleh anak saya yang dijangkiti HFMD. Tujuan saya kongsikan testimoni ini supaya lebih ramai lagi anda di luar sana yang menghadapi masalah yang sama, akan mendapat manfaat daripadanya.
HFMD atau juga dikenali sebagai Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut adalah satu wabak atau penyakit berjangkit yang selalunya menyerang kanak-kanak. Virus HFMD amat mudah berjangkit terutamanya jika terkena kepada bayi atau kanak-kanak yang berada di taska, tadika atau kelas-kelas pra-sekolah.
Antara simptom-simptom yang akan dialami oleh anak-anak yang dijangkiti HFMD ialah:
1) Demam panas yang berterusan, on-off. Tak betul2 baik, badan terasa panas dan kadangkala suam je.
2) Anak-anak hilang selera makan.
3) Naik bintik-bintik pada tangan dan kaki anak-anak. Kadangkala ia jadi seperti melepuh di celah-celah jari.
4) Tumbuh ulser di bibir dan dalam bahagian mulut anak.
Saya memang selalu dengar dan baca tentang virus HFMD ni, tetapi alhamdulillah sejak anak pertama sehingga anak ke-5, tiada seorang pun yang pernah dijangkiti virus ini.
Namun begitu, anak ke-6 saya (Huda) telah terkena virus HFMD ini ketika berusia 2 tahun. Saya masih ingat ketika itu saya hanya berseorangan menguruskan anak-anak seramai 6 orang kerana suami bekerja di Kedah sementara saya pula bekerja di Terengganu. Kelam kabut juga kehidupan saya ketika itu kerana awalnya Huda mengalami demam on-off selama lebih seminggu.
Mulanya saya anggap Huda mengalami demam biasa sahaja, tapi apabila tangan dan kakinya dinaiki bintik-bintik seperti ruam yang banyak, saya mula risau dan bawa anak membuat pemeriksaan di klinik. Benarlah apa yang saya risaukan itu, setelah berjumpa doktor, doktor mengesahkan bahawa Huda telah dijangkiti virus HFMD. Rupa-rupanya, apabila saya bertanya cikgu taskanya, ada anak-anak di taska yang telah dijangkiti virus ini.
Doktor memberi beberapa jenis ubat termasuk ubat demam, ubat gatal dan ubat sapu. Doktor juga berpesan agar Huda mesti dikuarantin dan saya perlu menjaga kebersihan rumah, peralatan, barang-barang peribadi Huda semua kena jaga supaya tidak berjangkit dengan anak yang lain.
Apabila pulang ke rumah, saya bertekad untuk guna beberapa produk Shaklee sebagai ikhtiar untuk kesembuhan anak saya. Kebetulan juga, sehari selepas disahkan Huda dijangkiti HFMD, saya perlu pulang ke Kedah bersama anak-anak kerana menghadiri satu seminar di sana. Saya terus mandikan Huda dengan air yang dicampur beberapa titik Basic H Shaklee. Basic H ini amat bagus untuk menghilangkan gatal-gatal dan membasmi kuman dari terus merebak. Selain daripada itu, saya juga bagi Huda makan Nutriferon, Chewable Vitamin C dan sapu Krim Herbal Blend di tangan dan kaki. Nutriferon amat baik untuk tingkatkan antibodi tubuh anak-anak, begitu juga dengan Chewable Vitamin C . Jika diamalkan kedua-duanya insyaAllah ia dapat membantu meredakan demam dan mengelakkan jangkitan kuman.
Alhamdulillah, selepas 2 hari menggunakan 4 produk ini, saya dah mula nampak kesan pada penyakit Huda. Demamnya dah beransur kebah walaupun semalaman berada atas bas untuk ke Kedah. Bintik-bintik pada tangan dan kaki juga makin berkurang dan hilang. Huda juga dah tak gatal-gatal lagi pada tempat bintik ruam tu.
Sejujurnya, saya tak sempat pun beri Huda makan ubat yang doktor bekalkan untuk Huda. Selepas hari ke-5, Huda sembuh sepenuhnya dari Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut ini. Saya rasa bersyukur sangat-sangat dengan situasi ini.
Sebenarnya, virus HFMD ini jika tidak ditangani dengan baik, ia boleh membawa maut walau ramai yang beranggapan penyakit ini bukan jenis penyakit kronik. Jadi sebagai ibu bapa, kita mesti berhati-hati dan mengambil langkah perlu jika sekiranya anak-anak kita dijangkiti virus HFMD. Anda boleh berikhtiar dengan suplimen Shaklee untuk membanteras gejala HFMD ini.
Tiada salah kita berikhtiar selagi demi kesihatan dan keselamatan anak-anak kita. Sekian dulu perkongsian saya, semoga ia dapat membantu anda yang mengalami masalah yang sama.
Kredit untuk supermom shaklee story
Begitulah perkongsian pengalaman sendiri oleh Dr. Najihah.
Kalau nak jimat sambil guna produk semulajadi dan berkualiti u boleh join ahli shaklee. Ala tak sampai rm100 pun. Klau nak keahlian percuma pun bulih coz ada caranya.
Banyak manfaat jadi ahli. Bukan setakat dapat harga ahli, u nak berbiz pun bulih. Tapi tak wajib buat biz pun bila dah jadi ahli. Dapat nikmati harga ahli. Bulih akses web dengan id sendiri. Bulih klik-klik secara online jugak untuk dapatkan produk Shaklee. Tapi kalau nak suruh che Yan oderkan pun okey je.
Owh sebelum terlupa. Opcozz konsultasi dari Che Yan bersama dengan segala HACKS dalam penggunaan produk Shaklee.
Tak tau macam mana nak jadi ahli?
Bleh rojer Che Yan di :
Blog :
vitaminDhatiku.blogspot.com
omelancheyan.com
FB :
Shahizan Rahimi
FB page kawasan :
Pengedar Shaklee Jerantut 013-9117607
FB page semalaysia :
vitaminDhatiku
Whatapp :
www.wasap.my/6013-9117607
Recent Comments