RESEPI MILKY LEMON FISH
Hai semua, kita dah masuk dalam fasa sepuluh hari terakhir ramadan. Syukur, walau dalam keadaan wabak pendemik covid kita masih bernafas dibumi Allah dengan rezeki yang mencurah. Walaupun PKP ni Che Yan duduk dirumah saja, biznes Shaklee Che Yan on seperti biasa. Lepas layan customer kat wasap kene la layan keluarga pula kan.
Hari ni Che Yan nak share satu resepi ikan Bakar yang Che Yan gelarkan Milky Lemon Fish. Nama omputih syangat. Saja la nak bagi sedap bunyi. Tapi memang tengok resepinya nanti anda akan faham mengapa namanya sebegitu rupa.
Jom kita tengok resepi Milky Lemon Fish ni.
BAHAN A
1 ekor ikan siakap
Sedikit Serbuk kunyit
Sedikit garam
BAHAN B
5 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
2 inci halia
2 cubit asam jawa
2 sudu gula merah
Parutan kulit lemon ( dari sebiji lemon)
½ kiub bilis
BAHAN C
2 sudu besar susu pekat manis
Okey, bahan dah tau. Jom kita teruskan dengan cara memasaknya pula.
Langkah pertama lumurkan serbuk kunyit dan garam pada ikan siakap dan ketepikan. Kalau tak de ikan siakap gantilah dengan ikan apa pun.
Kemudian ambil semua bahan B masukkan dalam blender. Blender dengan sedikit air. Kemudian panaskan kuali dan tumiskan bahan B sehingga pecah minyak dan sedikit kering. Masa ni bau dia masyaAllah. Bila dah nampak sedikit kering, ala nampak macam paste cemtu boleh tutup api.
Step berikutnya lumurkan bahan B ke seluruh badan ikan. Kemudian ambil sesudu air bancuh dengan susu pekat dan curah sekata pada ikan . Nak dapatkan aroma best, balut ikan dengan daun pisang sebelum balut dengan aluminium foil.
Tapi tadi Che Yan balut dengan daun pisang saja dan bakar dengan penyepit bakar ikan saja. Che Yan bakar atas dapur gas dengan api perlahan je.
Nak bakar dalam oven boleh nak guna air fryer pun boleh. Cuma perlu tau suhu yang sesuai berdasarkan kebiasaan penggunaan.
Dan terhasillah Milky Lemon Fish. Family Che Yan kata rasa macam makan dekat kedai. Tak apalah tak dapat keluar makan berbuka puasa diluar. Janji anak-anak dapat makan makanan ala-ala dikedai. So, selamat mencuba.❤️
Oh lupa pula. Che Yan bukan saja suka memasak tapi Che Yan juga suka berkongsi kebaikan produk Shaklee dengan semua orang.
Kalau nak jimat sambil guna produk semulajadi dan berkualiti u boleh join ahli shaklee. Ala tak sampai rm100 pun. Klau nak keahlian percuma pun bulih coz ada caranya.
Banyak manfaat jadi ahli. Bukan setakat dapat harga ahli, u nak berbiz pun bulih. Tapi tak wajib buat biz pun bila dah jadi ahli. Dapat nikmati harga ahli. Bulih akses web dengan id sendiri. Bulih klik-klik secara online jugak untuk dapatkan produk Shaklee. Tapi kalau nak suruh che Yan oderkan pun okey je.
Owh sebelum terlupa. Opcozz konsultasi dari Che Yan bersama dengan segala HACKS dalam penggunaan produk Shaklee.
Tak tau macam mana nak jadi ahli?
Bleh rojer Che Yan di :
Blog :
vitaminDhatiku.blogspot.com
omelancheyan.com
FB :
Shahizan Rahimi
FB page kawasan :
Pengedar Shaklee Jerantut 013-9117607
FB page semalaysia :
vitaminDhatiku
Whatapp :
www.wasap.my/6013-9117607
Recent Comments