Call Us Today 013-9117607 yanti25us@gmail.com

RESEPI ROTI PANDAN SWEET : PENGALAMAN GUNA BREAD MAKER RUSSEL TYLOR

Setelah agak lama musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Che Yan jadi tak keruan. Bukan tak syukur dapat dok rumah. Cuma Che Yan rasa tidak betah untuk duduk saja.

Setiap hari ada saja resepi baru yang Che Yan cuba. Satu hari Che Yan dapat hadiah dari suami. Katanya rindu sangat kat Gardenia so dia mintak isterinya buat roti sendiri.

Maka dapatlah Che Yan seketol bread maker jenama Russel tylor. Cantik rupanya. Cepat pulak sampai walaupun musim PKP.

Dengan adanya bread maker ni bukan saja memudahkan Che Yan nak buat roti tapi juga memudahkan Che Yan untuk menguli apa saja adunan. Alhamdulillah.

So, hari ni Che Yan nak kongsikan satu resepi yang Che Yan dah buat dan berjaya.

Roti Pandan Sweet

Bahan-bahan

160 ml air ( campur dengan 4 helai daun pandan blend, tapis ambil airnya. Sukat semula untuk dapatkan 160ml semula lepas blend )
2  sudu besar butter @ majerin
½ sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 biji telur
3 sudu besar gula
⅓ cawan susu serbuk
2 ¾ cawan tepung high protin ( saya guna gandum biasa je sebab hp payah cari musim pkp ni)
1 sudu teh mauripan

Masuk semua bahan n pilih menu sweet bread. Tunggulah dia menari sampai siap

Tips :

Bahan basah seperti air n telur kat bawah sekali.

Mauripan mesti atas skali n jangan kne garam walaupun jap lagi diorang bercantum juga😂😂😂

Untuk crust bulih pilih light pun ok tapi kalau nak garing lagi bulih pilih medium coz untuk menu sweet memang kecenderungan untuk crust dia lebih garing tu biasa coz ada unsur gula n susu lebih tak macam resepi basic bread.

Owhhh lupa, resepi ni untuk berat doh 750

Inilah hasil roti pandan Sweet Che Yan

 

Syok pulak meroti bila ada bread maker ni. Mudahkan tugasan Che Yan . Sebelum ni kalau nak meroti atau buat donut memang sado la Che Yan menguli tepung untuk dapatkan doh yang elastik. Tapi dengan adanya breadmaker Che Yan dah boleh kembalikan keayuan Che yan. Tidaklah sado lagi.

Masukkan je semua bahan nanti bread maker buat kerja menguli sampai la jadi roti. Sementara tu Che Yan bolehlah buat kerja lain. Selain jadi cikgu, Che Yan pun SID Shaklee. Seronok tau. Selain dapat tingkatkan kesihatan, Che Yan pun dapat tingkatkan taraf ekonomi keluarga.

Kalau nak jimat sambil guna produk semulajadi dan berkualiti u boleh join ahli shaklee. Ala tak sampai rm100 pun. Klau nak keahlian percuma pun bulih coz ada caranya.

Banyak manfaat jadi ahli. Bukan setakat dapat harga ahli, u nak berbiz pun bulih. Tapi tak wajib buat biz pun bila dah jadi ahli. Dapat nikmati harga ahli. Bulih akses web dengan id sendiri. Bulih klik-klik secara online jugak untuk dapatkan produk Shaklee. Tapi kalau nak suruh che Yan  oderkan pun okey je.

Owh sebelum terlupa. Opcozz konsultasi dari Che Yan bersama dengan segala HACKS dalam penggunaan produk Shaklee.

Tak tau macam mana nak jadi ahli?

Bleh rojer Che Yan di :

Blog :

vitaminDhatiku.blogspot.com
omelancheyan.com

FB :

Shahizan Rahimi

FB page kawasan :

Pengedar Shaklee Jerantut 013-9117607

FB page semalaysia :

vitaminDhatiku

Whatapp :

www.wasap.my/6013-9117607