Call Us Today 013-9117607 yanti25us@gmail.com

Minyak ikan dikenali secara meluas sebagai sumber Omega-3 yang bagus, terutamanya DHA dan EPA. Garis panduan diet menyarankan pengambilan 2-3 hidangan ikan seminggu terutama ikan berlemak dari air sejuk.

Walaubagaimanpun, terdapat kebimbangan dikaitkan dengan pengambilan minyak ikan kerana paras tinggi bahan kimia bertoksik. Oleh itu, adalah penting untuk memilih minyak ikan yang selamat, terbukti dan berkesan.

Apa yang ada di dalam Minyak Ikan anda?
Adakah Minyak Ikan Anda Mengandungi Bahan Ini?

  • Logam Berat
  • Bifenil Berpoliklorin (PCBs)
  • Merkuri
  • Dioksina

Pengambilan jangka masa lama bahan kimia bertoksik ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan terutamanya bagi fetus yang sedang berkembang.

Apakah ciri-ciri Minyak Ikan yang bagus?

Syarikat yang berkualiti

Tidak semua minyak ikan adalah sama. Cari syarikat yang boleh anda percayai, dan mempunyai sejarah pengeluaran produk yang berkualiti.

Ketulenan Yang Dipertingkatkan
dengan Penyulingan Molekul Tiga Peringkat

Untuk memastikan ketulenan dan keselamatan,ia melalui proses penyulingan molekul untuk menyingkirkan pencemaran laut yang berbahaya. Walaubagaimanapun, penyulingan molekul tunggal tidak dapat mengeluarkan semua bahan cemar dan logam berat. Untuk memastikan ketulenan,
kepekatan minyak ikan yang tinggi, selamat untuk pengambilan dan juga mengurangkan bau dan rasa
hanyir ikan, penyulingan berperingkat perlu dijalankan sebanyak tiga kali.

Sumber dari Ikan Kecil

Semakin tinggi rantaian makanan, semakin besar ikan, semakin tinggi kandungan
logam berat kerana ia makan beribu-ribu ikan kecil, mengumpul toksin sepanjang jangka hayatnya. Selain itu, ikan kecil mempunyai pengumpulan toksin yang rendah dan mengandungi sejumlah besar
asid lemak omega-3. Tambahan pula, kebanyakan produk di pasaran memperolehi asid lemak omega-3 dari ikan yang diternak di mana ikan ini memperolehi omega-3 dari makanan ikan yang terdiri daripada ikan bilis atau lain-lain jenis ikan kecil. Jadi, mengapa kita perlu pilih minyak ikan yang diperbuat dari sumber ikan besar. Pilih saja dari sumber ikan kecil.

Jaminan Kelangsungan

Ikan adalah penting dalam pemakanan kita. Kita harus memastikan sumber minyak ikan yang baik adalah mencukupi untuk masa hadapan. Sebuah syarikat yang bertanggungjawab akan memberi perhatian terhadap saiz populasi dan had tangkapan serta mengelakkan penangkapan ikan pada musim pembiakan untuk memastikan bekalan jangkamasa panjang sentiasa mencukupi. So, sudahkah anda semak pengeluar minyak ikan yang anda pilih ada Certification of Sustainable Seafood from Fisheries and Aquaculture.

BAGAIMANA MEMILIH MINYAK IKAN ANDA?

Pengambilan minyak ikan secara teratur memberi banyak manfaat kesihatan kepada badan anda dari melancarkan peredaran darah, peningkatan kesihatan minda sehingga menggalakkan kesihatan sendi. Adakah anda tahu apa yang masuk ke dalam minyak ikan yang anda makan? Jom kita tengok kita telitikan cara memilih minyak ikan berkualiti.

Berhati-hati dengan bahan pencemar logam berat.

Pencemaran logam berat seperti merkuri telah dikaitkan dengan pengambilan ikan. Apabila ikan yang tercemar ditangkap dan diproses menjadi minyak ikan, logam berat juga didapati dalam minyak ikan. Proses penyulingan membantu menyingkirkan logam berat ini. Semakin banyak proses penyulingan, lebih baik dan lebih selamat minyak ikan yang terhasil.

Dapatkan jumlah DHA & EPA yang betul

Tahukah anda bahawa label minyak ikan selalunya mengandungi kepekatan minyak ikan secara keseluruhan dan bukan kandungan DHA dan EPA? Oleh kerana komponen penting yang diperlukan oleh badan adalah DHA dan EPA, pastikan anda membaca label dengan betul. Cari salah satu yang memberikan anda sekurang-kurangnya 300mg DHA dan 400mg EPA.

Elakkan perisa tambahan

Terdapat produk di pasaran dengan perisa tambahan untuk menghilangkan bau hanyir minyak ikan. Pilih minyak ikan tanpa perisa tambahan dan yang melalui proses penyulingan yang lebih banyak kerana ia menghilangkan bau dengan lebih berkesan.

Spektrum Lengkap Omega-3

Badan kita memerlukan spektrum lengkap omega-3 sebagai tambahan kepada EPA dan DHA untuk menyokong dan mengekalkan fungsi tubuh yang normal.
Pilih minyak ikan yang mengandungi spektrum lengkap 7 omega-3 tulen termasuk EPA, DHA dan banyak lagi.

Sumber dari Ikan Kecil

Saiz sumber  ikan sangat penting.Tahukah anda bahawa ikan yang lebih besar, semakin tinggi pengumpulan toksin dan logam beratnya? Jangan tertipu!

MINYAK IKAN TERBAIK

Che Yan nak kongsikan minyak ikan terbaik yang Che Yan sekeluarga ambil. Minyak ikan yang Che Yan sekeluarga ambil ialah Omega Guard keluaran Shaklee.

Shaklee memang terkenal sebagai syarikat pengeluar suplemen terbaik dengan tagline, ” selamat, semulajadi dan berkesan”. Omega Guard Shaklee melalui proses penyulingan berperingkat demi menjaga kualiti. Omega Guard juga diperbuat daripada spesis ikan kecil iaitu ikan bilis. Shaklee juga pemegang Certification of Sustainable Seafood from Fisheries and Aquaculture. Selain itu, Omega Guard Shaklee juga mempunyai spektrum yang lengkap.

Jom tengok video ni untuk penerangan lanjut oleh pakar nutrisi shaklee :

Kalau nak jimat sambil guna produk semulajadi dan berkualiti u boleh join ahli shaklee. Ala tak sampai rm100 pun. Klau nak keahlian percuma pun bulih coz ada caranya.

Banyak manfaat jadi ahli. Bukan setakat dapat harga ahli, u nak berbiz pun bulih. Tapi tak wajib buat biz pun bila dah jadi ahli. Dapat nikmati harga ahli. Bulih akses web dengan id sendiri. Bulih klik-klik secara online jugak untuk dapatkan produk Shaklee. Tapi kalau nak suruh che Yan  oderkan pun okey je.

Owh sebelum terlupa. Opcozz konsultasi dari Che Yan bersama dengan segala HACKS dalam penggunaan produk Shaklee.

Tak tau macam mana nak jadi ahli?

Bleh rojer Che Yan di :

Blog :

vitaminDhatiku.blogspot.com
omelancheyan.com

FB :

Shahizan Rahimi

FB page kawasan :

Pengedar Shaklee Jerantut 013-9117607

FB page semalaysia :

vitaminDhatiku

Whatapp :

www.wasap.my/6013-9117607