Call Us Today 013-9117607 yanti25us@gmail.com

Sesungguh dari sudut kesihatan, penurunan berat badan akan membantu untuk menghindarkan dari pelbagai masalah kesihatan. Jesteru, ramai yang mengamalkan diet yang salah dalam menurunkan berat badan. Sememangnya badan yang kurus dengan berat badan yang ideal menjadi idaman semua.Obsesi terhadap penurunan berat badan dalam kalangan masyarakat semakin ketara. Obsesi tersebut telah menyebabkan kemunculan ubat kurus bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Tidak kurang juga yang mengamalkan diet ekstrem.

Berikut antara kaedah penurunan berat badan yang salah namun sering digunakan oleh mereka yang mahu menurunkan berst badan.

1. DIET YANG SALAH

Selalunya orang yang ingin kurus akan mengurangkan pengambilan makanan.

RISIKONYA :
Kaedah diet sebegini akan menyebabkan seseorang itu kurang mengambil makanan. Kurangnya pengambilan makanan akan menjadikan badan tidak menerima nutrisi yang cukup. Kekurangan nutrisi akan menyebabkan badan tidak mampu melawan sebarang masalah kesihatan.

Lebih seram apabila sesudah berlapar, seseorang itu cenderung untuk mengambil makanan dengan jumlah yang banyak. Keadaan ini tidak akan mengurangkan jumlah kalori. Secara tidak langsung diet yang diamalkan tidak berkesan untuk menurunkan berat badan.

Diet cara ini juga akan menurunkan metabolisma badan. Keadaan ini akan menyukarkan lagi misi untuk mengawal berat badan.

2. DIET TINGGI PROTIEN
Diet tinggi protien selalunya menekankan pengambilan daging sebagai makanan utama dengan mengelak dari mengambil karbohidrat. Mengambil daging sebagai makanan ruji sememangnya akan mengenyangkan dan mengurangkan keinginan untuk mengambil makanan lain. Diet cara ini akan efektif untuk jangka masa pendek bagi sesetengah individu. Namun, diet tinggi protien akan menyebabkan ketidakseimbangan nutrisi.

RISIKONYA :
Daging ialah makanan yang tinggi dengan lemak tepu. Pengambilan lemak tepu yang berpanjangan akan meningkatkan risiko penyakit jantung koronari, kencing manis,strok dan beberapa jenis kanser.

Diet protien tinggi akan menyebabkan seseorang individu tidak mengambil makanan lain yang juga penting untuk mendapatkan sumber nutrisi lain seperti viramin, mineral, fiber dan lain-lain.

Diet protien tinggi yang bersumberkan dari haiwan akan meningkatkan asid dalam badan. Untuk menutralkan asid dalam badan, kalsium dari tulang akan digunakan. Keadaan ini akan melemahkan kekuatan tulang.

Diet jenis ini juga akan menyebabkan badan mengeluarkan asid urik yang tinggi dan akan meningkatkan risiko gout dan batu karang.

3. DIET BUAH-BUAHAN.
Diet jenis ini menggunakan kaedah mengambil buah sebagai makan utama bagi setiap hidangan makanan.

RISIKONYA:
Pengambilan buah semata-mata tidak akan memberikan nutrisi yang cukup kepada badan. Kekurangan nutrisi yang berpanjangan akan melemahkan imuniti badan dan mengundang pelbagai penyakit.

Sesetengah buah seperti pisang, durin, mangga, laici dan longan ialah jenis buah yang tinggi kandungan gula dan kalori. Buah dari jenis ini tidak membantu untuk penurunan berat badan jika diambil dalam kuantiti yang banyak.

4. DIET SAYURAN
Diet sayuran adalh hampir sama dengan diet buah-buahan tetapi diet jenis ini melibatkan makanan yang berkanji seperti roti dan beras yang memberi kesan kenyang yang lebih panjang.

RISIKONYA :
Diet sayuran seringkali menggunakan kaedah menggoreng untuk menaikkan rasa. Minyak sayuran yang digunakan juga tinggi kalori yang akan menjadi penyebab peningkatan berat badan.

Sesetengan makanan vegetarian merupakan makan proses dan mengandungi bahan kimia, pewarna dan perisa tambahan yang tidak baik untuk kesihatan.

5. DIET DENGAN UBAT
Amalan untuk menguruskan badan dengan pengambilan ubat kurus akan menurunkan selera makan. Namun hal ini hanya bersifat sementara. Jika ubatan tersebut tidak lagi diambil maka selera makan akan kembali kepada asal dan berat badan kembali mencanak.

RISIKONYA :
Pengambilan ubatan memang ada risiko kesan sampingan. Kebanyakan ubat kurus akan memberikan kesan degupan jantung yang diluar kebiasaan dan kegagalan organ.

Setelah kita mengetahui cara yang salah dalam berdiet, Che Yan ingin memberi cadangan dalam memperbaiki kaedah untuk memastikan kita berjaya menurunkan berat badan dengan sihat.

Bagi merealisasikan berat badan unggul kita seharusnya makan pelbagai jenis makanan secara seimbang. Namun bagaimana pula untuk kurus jika asyik perlu makan.

Begini caranya. Makan memang tetap perlu makan. Ambil sarapan. Adalah menjadi kepantangan nak kurus tapi tinggal sarapan pagi. Jangan tinggal setiap hidangan namun, pastikan setiap hidangan makanan mematuhi syarat pinggan sihat iaitu suku-suku separuh. Pastikan anda juga tidak kekurangan nutrisi. Oleh itu, Che Yan cadangkan anda mengambil nurtisi yang sesuai untuk membantu penurunan berat badan disamping menambah nilai kesihatan dalam kehidupan.

Che Yan memilih rangkaian produk shaklee seperti dibawah dalam misi menyokong penurunan berat badan. Set ini merupakan set detox yang mampu menyokong penurunan berat badan sekaligus menambah nilai dalam kesihatan anda.

Kalau nak jimat sambil guna produk semulajadi dan berkualiti u boleh join ahli shaklee. Ala tak sampai rm100 pun. Klau nak keahlian percuma pun bulih coz ada caranya.

Banyak manfaat jadi ahli. Bukan setakat dapat harga ahli, u nak berbiz pun bulih. Tapi tak wajib buat biz pun bila dah jadi ahli. Dapat nikmati harga ahli. Bulih akses web dengan id sendiri. Bulih klik-klik secara online jugak untuk dapatkan produk Shaklee. Tapi kalau nak suruh che Yan  oderkan pun okey je.

Owh sebelum terlupa. Opcozz konsultasi dari Che Yan bersama dengan segala HACKS dalam penggunaan produk Shaklee.

Tak tau macam mana nak jadi ahli?

Bleh rojer Che Yan di :

Blog :

vitaminDhatiku.blogspot.com
omelancheyan.com

FB :

Shahizan Rahimi

FB page kawasan :

Pengedar Shaklee Jerantut 013-9117607

FB page semalaysia :

vitaminDhatiku

Whatapp :

www.wasap.my/6013-9117607