Call Us Today 013-9117607 yanti25us@gmail.com

Sebagai mak-mak kita selalu nak pastikan persekitaran kita selalu bersih. Hal ini tidak lain dan tidak bukan untuk memastikan anak-anak terhindar daripada bakteria dan kuman berbahaya dan mengurangkan risiko alergik terhadap anak-anak.

Namun ada kajian yang menyatakan  bahawa pendedahan kanak-kanak terhadap patogen adalah penting untuk membina tindak balas imun yang sihat. Persekitaran yang sangat bersih tidak memberikan pendedahan yang diperlukan untuk “mendidik” sistem kekebalan tubuh supaya dapat belajar bertindak balas terhadap organisma yang menular. Keadaan ini akanmenyumbang kepada peningkatan kadar alahan.

Lebih banyak kanak-kanak terdedah kepada kuman, jangkitan tertentu, dan interaksi sosial, lebih banyak lagi yang dapat membantu sistem imun mereka untuk berkembang secara semulajadi.

BERIKUT MERUPAKAN BEBERAPA LAGI PERKARA YANG MENYEBABKAN PENINGKATAN RISIKO ALERGIK

1. KELUARGA YANG KECIL

Kebanyakan kanak-kanak yang menderita alergi  seperti ekzema dan demam berasal dari keluarga yang lebih kecil atau tidak mempunyai adik-beradik. Kanak-kanak yang dibesarkan dalam keluarga yang lebih besar atau dengan lebih banyak adik beradik mungkin mengalami pendedahan kepada agen berjangkit dan mengalami gejala alahan yang lebih sedikit.

2. KURANGNYA PENDEDAHAN TERHADAP HAIWAN.

Kanak-kanak yang hidup dengan haiwan peliharaan seperti kucing pada tahun pertama mereka hidup kurang berkemungkinan akan mengalami alergi terhadap haiwan tersebut. Kurangnya pendedahan terhadap haiwan ini boleh membawa kepada sistem imun yang terlalu aktif yang menimbulkan alergik terhadap bahan-bahan yang tidak berbahaya seperti haiwan peliharaan dan protein makanan.

3. KURANGNYA PENDEDAHAN KEPADA BAKTERIA DAN VIRUS

Kadar peningkatan asma disebabkan pendedahan yang berkurangan kepada bakteria dan virus yang tidak berbahaya pada zaman kanak-kanak. Pendedahan kepada toksin bakteria pada masa kanak-kanak mungkin menghalang perkembangan asma.

Kesimpulannya, kita tidak boleh terlalu ekstrem menjaga kebersihan sehingga kita paranoid terhadap sebutir habuk yang lekat di jari. Namun tidak pula kita membiarkan persekitaran kita terlalu kotor sehingga mendatangkan kemudaratan. Bersederhana dalam perbuatan agar sistem imun anak-anak kita juga boleh belajar untuk bertindak balas dengan sebarang kuman. Hal ini akan meningkatkan sistem kekebalan tubuh anak-anak.

Selain daripada memastikan persekitaran yang betul. Anak-anak juga perlukan nutrisi yang baik agar mereka dapat membesar dengan sihat dan sempurna. Kita sedia maklum bahawa kita tidak mampu untuk memastikan nutrisi yang betul mengikut keperluan anak-anak. Sudah pasti ada kelompangan yang perlu ditampung dengan suplemen.

Oleh itu, Che Yan mencadangkan set dibawah ini sebagai satu ikhtiar untuk menambahkan lagi sistem kekebalan tubuh.

Kalau nak jimat sambil guna produk semulajadi dan berkualiti u boleh join ahli shaklee. Ala tak sampai rm100 pun. Klau nak keahlian percuma pun bulih coz ada caranya.

Banyak manfaat jadi ahli. Bukan setakat dapat harga ahli, u nak berbiz pun bulih. Tapi tak wajib buat biz pun bila dah jadi ahli. Dapat nikmati harga ahli. Bulih akses web dengan id sendiri. Bulih klik-klik secara online jugak untuk dapatkan produk Shaklee. Tapi kalau nak suruh che Yan  oderkan pun okey je.

Owh sebelum terlupa. Opcozz konsultasi dari Che Yan bersama dengan segala HACKS dalam penggunaan produk Shaklee.

Tak tau macam mana nak jadi ahli?

Bleh rojer Che Yan di :

Blog :

vitaminDhatiku.blogspot.com
omelancheyan.com

FB :

Shahizan Rahimi

FB page kawasan :

Pengedar Shaklee Jerantut 013-9117607

FB page semalaysia :

vitaminDhatiku

Whatapp :

www.wasap.my/6013-9117607