Call Us Today 013-9117607 yanti25us@gmail.com

Tau tak jeragat tu apa? Okay, hari ni Che Yan nak cerita tentang apa itu jeragat.

Jeragat atau pun nama orang kampung Che Yan panggil Melasma adalah masalah kulit yang biasa. Ia menyebabkan kulit mengeluarkan tompok coklat atau coklat kelabu kebiasaannya di muka. Kebanyakan orang mempunyai jeragat di pipi, hidung, dahi, dagu dan juga atas bibir mereka. Tapi ia juga boleh muncul di kawasan yang lain terutama di bahagian yang banyak terkena sinaran matahari seperti di lengan dan leher.

APA YANG MENYEBABKAN JERAGAT?

Pakar menyatakan kemunculan jeragat pada muka masih belum jelas. Ia mungkin terhasil apabila melanosit (sel-sel pembentuk pigmen) menghasilkan terlalu banyak warna pada kulit. Wanita dengan kulit yang gelap ataupun tanned skin adalah lebih mudah untuk mendapat jeragat berbanding dengan wanita yang memiliki kulit cerah kerana mereka yang mempunyai kulit gelap memiliki melanosit yang lebih aktif. Walaubagaimana pun orang yang memiliki kulit gelap kurang berisiko untuk mendapat kanser kulit.

Apakah Penyebab Utama Pembentukan Jeragat Pada Kulit?

1. Sinaran UV

Cahaya daripada sinaran matahari sememangnya menjadi penyebab kepada kebanyakan masalah penuaan kulit. Sinaran UV adalah penyebab utama masalah seperti kedutan, pigmentasi, jeragat, kulit menjadi tidak anjal, penurunan kadar tekstur kulit dan banyak lagi tanda-tanda penuaan kulit. Banyak anggaran saintifik telah menunjukkan bahawa sehingga 80-90% menunjukkan seberapa muda atau tuanya diri anda dilihat adalah bergantung kepada seberapa banyak kulit anda terdedah pada cahaya matahari.

Jadi adalah dinasihatkan untuk menggunakan pelindung UV jika keluar dari rumah agar kulit muka anda kurang berisiko medapat masalah jeragat.

2. Menggunakan Skin Care Yang Mengandungi Bahan Berbahaya.

Bagi mereka yang nak dapatkan hasil yang cepat pasti akan terpesona dengan testimoni produk yang melambak bagai hujan tumbuh selepas hujan. Penggunaan produk yang berbahaya atau yang biasa kita dengar krim kilo (yang mengandungi merkuri, hidroquinon, tretonoin, etc)  ni boleh menyebabkan kulit kita berjeragat dan yang lebih teruk lagi breakout.

Sememangnya krim kilo boleh menghilangkan jeragat dalam masa 1-2 minggu. Tapi yang hilang cuma di permukaan kulit kita sahaja sebab krim kilo mengandungi bahan yang mampu menghakis kulit sedangkan jeragat berakar umbi di dalam kulit kita .

3. Perubahan Pada Hormon

Perubahan hormon adalah perkara biasa bagi seorang wanita. Paling ketara hormon akan berubah apabila hamil. Kebanyakan wanita yang hamil akan merasakan pengalaman perubahan hormon, terutama pada kulit mereka. Wanita hamil sering mempunyai jeragat pada muka.  Apabila jeragat muncul pada wanita hamil, ia dipanggil chloasma, atau topeng kehamilan. Sebanyak 90% wanita yang hamil mempunyai kulit yang berjeragat.  Sewaktu hamil, tubuh mengeluarkan banyak melanin dan meningkatkan risiko untuk kulit mudah menjadi gelap dan kusam. Selain itu, pil kawalan kelahiran dan ubat penggantian hormon juga boleh mencetuskan jeragat.

4. Mengambil Ubat-Ubatan

Ubat-ubatan memang membantu kita sewaktu kita sedang sakit, demam, keradangan dan sebagainya. Tapi tahukah anda ubat anti-radang seperti ibuprofen adalah salah satu ubat yang akan menyebabkan kesan sampingan kulit. Ubat lain termasuk antimalarial, anti-epilepsi dan antipsikotik juga boleh menyumbang kepada peningkatan pigmentasi di bahagian kulit.

Perubahan-perubahan ini selalunya tidak berbahaya dan selalunya akan hilang apabila pengambilan ubat ini dihentikan. Sekiranya anda sedang mengambil jenis-jenis ubat ini dan berasa risau dengan kesan sampingan ubat tersebut pada kulit anda, anda harus berbincang dahulu dengan doktor anda sebelum anda berhenti mengambil ubat tersebut. Jangan pandai-pandai berhenti sendiri nanti penyakit lain pula yang datang.

5. Cahaya Daripada Gadget Dan  Telefon Pintar

Ramai yang tak tahu cahaya yang datang daripada telefon bimbit, laptop atau komputer bahkan mentol lampu pun boleh menjadi punca jeragat. Sebenarnya, cahaya daripada komputer, telefon bimbit dan mentol lampu juga boleh menjadi punca terjadinya jeragat pada kulit muka anda.

Sumber cahaya ini bertindak sama dengan matahari kerana ia merangsang kulit untuk menghasilkan pigmen yang berlebihan.

Apa cara paling mudah untuk melindungi kulit dari dalam?

GLA COMPLEX MEMBINA, MENGANJALKAN DAN MELINDUNGI KULIT

GLA adalah jawapan kepada kulit yang cantik dan berseri dalam. GLA adalah asid lemak omega-6 penting yang digunakan oleh badan anda untuk menghasilkan prostaglandin-bahan yang membantu mengawal pelbagai fungsi tubuh, termasuk kesihatan kulit anda. Miliki kulit yang sihat dan lembut dengan Shaklee GLA Complex

Keistimewaan GLA Shaklee

  • Diperolehi daripada minyak borage yang mengandungi GLA berkepekatan tinggi
    (17%-25%), tulen dan semula jadi dalam bentuk yang mudah diserap.
  • Diformulasi khas dengan gabungan GLA (asid lemak Omega-6), minyak biji bunga matahari (satu lagi sumber asid lemak Omega-6), dan vitamin E untuk mengekalkan kesejahteraan dan kesihatan kulit. Kekalkan kelembapan kulit dengan GLA
  • Membantu meningkatkan kelembapan kulit.
  • Membantu mengembalikan kehalusan dan kelembutan kulit.

Kalau nak jimat sambil guna produk semulajadi dan berkualiti u boleh join ahli shaklee. Ala tak sampai rm100 pun. Klau nak keahlian percuma pun bulih coz ada caranya.

Banyak manfaat jadi ahli. Bukan setakat dapat harga ahli, u nak berbiz pun bulih. Tapi tak wajib buat biz pun bila dah jadi ahli. Dapat nikmati harga ahli. Bulih akses web dengan id sendiri. Bulih klik-klik secara online jugak untuk dapatkan produk Shaklee. Tapi kalau nak suruh che Yan  oderkan pun okey je.

Owh sebelum terlupa. Opcozz konsultasi dari Che Yan bersama dengan segala HACKS dalam penggunaan produk Shaklee.

Tak tau macam mana nak jadi ahli?

Bleh rojer Che Yan di :

Blog :

vitaminDhatiku.blogspot.com
omelancheyan.com

FB :

Shahizan Rahimi

FB page kawasan :

Pengedar Shaklee Jerantut 013-9117607

FB page semalaysia :

vitaminDhatiku

Whatapp :

www.wasap.my/6013-9117607

Rujukan:

1. Kawamura Antal 2011. Dietary supplementation of gamma-linolenoic acid improves skin parameters in
subjects with dry skin and mild atopic dermatitis. J Oleo Sci 2011,60/12).597-607

2. Nissen HP, Britz H. Mugglie R. 1995. Borage oil: Gamma-linoleneic acid decreases skin roughness and TEWL
and incmasas skin moisture in normal and imitated human shan Cosmetics Toiletries: 7 10:71-6.