Call Us Today 013-9117607 yanti25us@gmail.com

Salam semua. Sejak dok sibuk dengan tugasan sekolah Che Yan rasa macam nak keluar seketika dari urusan yang sibuk tu. Maka Che Yan pun menge”kek”.

Memasak bagi Che Yan satu terapi. Dah masak bagi orang makan. Satu kepuasan apabila tengok makanan habis dimakan.

Ada beberapa kaedah yang Che Yan coba untuk dapatkan tekstur kek yang Che Yan kehendaki.

Akhirnya Che Yan puas hati dengan hasil “ujikaji” Che Yan. Resepi ni pun Che Yan ambil dari google jugak tapi lupa dah kat mana. Che Yan selalu main kumpul-kumpul resepi dari alam maya. Buat tak buat nombor dua yang penting ada resepi dulu nanti nak masak senang.

Kali ni Che Yan kongsikan  resepi kek pandan. Moh le kite.

KEK SPAN PANDAN GEBU

BAHAN-BAHAN:

3 biji telur (*)
1/2 cawan gula (*)
1 sudu besar ovalette (*)
1 sudu teh esen pandan (*)
3/4 cawan tepung self rising (*)
1/4 cawan santan pekat (santan Kara) (*)
Sedikit pewarna hijau (*)
Secubit garam (*)
3 sudu besar minyak masak

CARA MEMASAK:

1. Satukan bahan bertanda ( *) dan pukul hingga putih gebu.

2. Kemudian masukkan minyak masak dan gaul sampai sebati.

3. Tuang adunan kek ke dalam loyang bersaiz 5 @ 6 yang telah disapu dengan mentega atau dilapik dengan baking paper.

4. Bakar dalam ketuhar selama 35-40 minit dengan suhu 180C. Guna api atas bawah.

Kat atas tu resepi dan cara bikin yang asal. Dapat kat Che Yan jadi derhaka resepi sebab nak eksperimen. Tapi masa mula-mula buat tu memang guna resepi ni sebijik. Memang jadi tapi macam kurang menepati teksture yang Che Yan nak. Maka  Che Yan ubah sket cara.

Ni rupa adunan kek pandan setelah di adun.

APA YANG CHE YAN UBAH?

Kalau ikutkan langkah satu tu perlu campurkan semua bahan bertanda (*) dan pukul sampai gebu tapi Che Yan guna kaedah “meringue”.

Semua bahan bertanda (*)disatukan cuma  part telur tu Che Yan asingkan telur putih dan telur kuning. Hanya telur kuning sahaja Che Yan masukkan. Telur putih Che Yan putar asing untuk jadikan “meringue”.

Disebabkan Che Yan ada pokok pandan belakang rumah maka Che Yan ambil 3 helai daun pandan yang lebar-lebar. Potong kasar dan ambil 1/4 cawan santan yang diperuntukan dalam resepi tu dan campurkan 1/4 cawan air untuk dikisar.

Kemudian tapiskan dan ambil air pandan yang bercampur santan tu masukkan dalam adunan bertanda (*)untuk dipukul hingga gebu. Langkah ini berakhir dengan kaup balikkan adunan dengan minyak masak.

Ok, sekarang kita berbalik kepada telur putih. Pukul telur putih sehingga sedikit berbuih kemudian masukkan sedikit jus lemon @ krim tar tar @ cuka. Sambung pukul lagi kemudian ambil sesudu gula pasir masukkan sedikit demi sedikit (satu sudu gula tu boleh bahagi 3 kali masukkan semasa pukul telur putih tu)

Pukul telur putih sehingga jadi stiff peak (bila kita angkat pemutar telur tu jadi macam bertanduk @ kita terbalikkan mangkuk telur tu telurnya tak tumpah (jadi “meringue”)

Bila dah dapat meringue, kita beralih pula kepada langkah yang berikutnya.

Cedukkan satu senduk telur putih dan kaup balikkan secara perlahan dalam bahan bertanda (*)

Kemudian baki telur putih tadi masukkan lagi dalam adunan dan kaup balikkan secara perlahan.

Setelah semuanya sekata, boleh teruskan dengan langkah ke-3 dan ke-4 seperti dalam resepi asal.

Oh lupa pula, part suhu oven tu Che Yan memang ikut betul cuma. Part api atas bawah tu Che Yan perlu suaikan sendiri.

Disebabkan oven Che Yan oven lama, tiada pemanasan sekata, maka 10 minit pertama guna api atas bawah then tukar jadi api bawah saja. Apabila tinggal masa membakar 5 minit lagi tukar jadi api atas bawah semula sampai oven bagi isyarat masa membakar dah tamat.

Apabila kek dah masak keluarkan dari oven dan terus terbalikkan atas redai dan sejukkan kek.

Ok, siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Yang ni hasil guna resepi asal. Lembut dan sedap tapi masih tak puas hati.

 

Yang ni ikut resepi yang Che Yan ubah suai jadi ciffon plak. Rasa lagi best sebab pakai daun pandan asli. Teksture pun besh. Korang pun boleh bezakan.

 

Yang dok menggedik ni yang tak menahan.

Sekian coretan resepi dari Pengedar Shaklee Jerantut.