Call Us Today 013-9117607 yanti25us@gmail.com

Assalamualaikum

Hari ni Che Yan feel rileks sket sebab mood bercuti maka Che Yan ada banyak masa untuk berkongsi dengan macam-macam. So, muka ada sunyum.Tapi masih ramai diluar sana yang masih muka ketat urat sendat dengan stress yang pelbagai.

Stress yang tidak dikendalikan dengan baik akan menyumbang kepada tekanan darah yang tinggi and the bad thing is sekiranya tidak dirawat, boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia.

Tekanan darah tinggi atau hypertension dah macam “silent killer” atau pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda-tanda symptom atau amaran. Klau kita nak demam kita akan rasa pedih mata, tekak kesat xpun paling simple mula dengan selesema tapi tidak untuk pengidap darah tinggi. Kalau tidak dirawat dari peringkat awal, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia.

Actually banyak faktor jugak yang jadi penyebab tekanan darah tinggi selain stress. Antaranya termasuklah faktor seperti sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut.

Berdasarkan buku Family Health Modern Diseases karya Dr. Bruce Miller tekanan darah yang normal mestilah kurang daripada 130/85. Sekiranya bacaan tekanan darah mencecah 140/90 maka tu dah boleh digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi tanpa mengira peringkat usia. Angka pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda.Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.

Disebabkan tekanan darah tinggi ni merupakan silent killer yang memang tak nak bagi hint langsung kewujudannya maka disini Che Yan nak kongsikan kaedah bagaimana cara mengawal tekanan darah agar maintain cun. Berikut merupakan perkara-perkara yang boleh uolssss amalkan :

1. KURANGKAN BERAT BADAN

Part ni paling mencabar untuk mereka yang terlebih sudah berat badannya namun hakikatnya inilah salah satu cara untuk kawal tekanan darah. So untuk merealisasikan penurunan berat badan kita perlu bersenam dengan kerap. Paling sikit pun seminggu 3 kali dan 30 minit setiap sesi.

2. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Sebab apa perlu kurangkan garam??? Coz garam ni  macam pasir yang serap air and tingkatkan tekanan darah. Pernah tak dengar orang gemuk air? Sebenarnya kes consume terlebih garam la tu.So dalam menu harian, kita perlu kurangkan kicap, telur masin dan ikan masin serta jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Uolssss tau tak yang kita tak boleh ambil garam lebih dari 2.3g sehari. 2.3 g tu anggaranya 1 sudu teh sahaja.

3. JANGAN MEROKOK

Satu tabiat yang paling payah nak buang terutama buat abam-abam sado. Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. So kalau dah jadi “chain smoker” dan merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi setiap masa. Sekali hisap naik 10 dan amik masa sejam nak turun semula, dah tu kalau dalam masa sejam dah 4 kali bila nak turunnya.

4. TANGANI STRES

Seimbangkan kehidupan uolss dan cuba elak dari stres yang berpanjangan. Coz hidup di zaman yang penuh pancaroba nih memang mengundang stres yang pelbagai. Kerja banyak stres, takde kerja stres, duit tak cukup stres, jalan jem stres pendek kata semua pun boleh jadi streslah hehehe. Kalau uolss mempunyai  stres yang kronik dan tak dapat nak dibendung, maka ia akan memudaratkan kesihatan uolss dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Maka jalan terbaik selalulah bersyukur. Kerja banyak maka syukur orang lain takde kerja. Takde kerja maka syukur orang lain stress kerja. Duit tak cukup maka syukur diberi kesedaran untuk lebih berusaha. Kan lebih indah hidup ini

5. AMALKAN DIET SIHAT

Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah.

Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan:

  • Ketahuilah keperluan kalori seharian anda. Ini boleh mengawal jumlah makanan dan pasa masa yang masa bantu anda kawal atau kurangkan berat badan.
  • Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.
  • Lebihkan serat (fiber) seperi grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
  • Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan dismapingi dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.
  • Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.
  • Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.

Jangan leka: Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah hypertension, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali.

Pesanan ikhlas dari Che Yan, pastikan anda mendapat nutrisi terbaik untuk menyokong kesihatan anda. Contohnya dengan mengambil Daily Essential ni dan Energy for life ni untuk menyokong kesihatan terbaik anda.

DAILY ESSENTIAL

ENERGY FOR LIFE

Kalau anda nak jimat sambil guna produk semulajadi dan berkualiti anda boleh join ahli shaklee. Ala tak sampai rm100 pun. Kalau nak keahlian percuma pun bulih coz ada caranya.

Banyak manfaat jadi ahli. Bukan setakat dapat harga ahli, anda nak berbiz pun bulih. Tapi tak wajib buat biz pun bila dah jadi ahli. Dapat nikmati harga ahli. Bulih akses web dengan id sendiri. Bulih klik-klik secara online jugak untuk dapatkan produk Shaklee. Tapi kalau nak suruh Che Yan oderkan untuk anda pun Che Yan okey je.

Owh sebelum terlupa. Opcozz konsultasi dari Che Yan bersama dengan segala HACKS dalam penggunaan produk Shaklee.

Tak tau macam mana nak jadi ahli?

Bleh rojer Che Yan di :

Blog :

omelancheyan.com

vitaminDhatiku.blogspot.com

FB :

Shahizan Rahimi

FB page kawasan :

Pengedar Shaklee Jerantut 013-9117607

FB page semalaysia :

vitaminDhatiku

Whatapp :

www.wasap.my/6013-9117607