Call Us Today 013-9117607 yanti25us@gmail.com

Salam semua, apa khabar harini? Harap semua ok. Hari ni Che Yan terinspirasi nak kongsi dengan semua berkaitan skincare Youth dalam rangkaian penjagaan wajah Shaklee.

Tengok tajuk pun macam kompius kan? Eh ye ke? Bukan bagus ke?

Memang bagus. Bagus sangat. Cuma tak keterlaluan kalau Che Yan katakan Youth memang skincare untuk orang malas.

Sebab

1. Youth sangat sesuai untuk orang yang malas nak mix and match skincare yang berlambak dipasaran. Kadang dalam range yang sama pun tak sesuai untuk dipakai semua. Kalau pengalaman Che Yan sendiri pernah guna rangkaian penjagaan wajah taraf antarabangsa pun tetap tak boleh pakai all type dalam range yang di cadangkan. Perlu jugak mix and match.

2. Youth sangat sesuai untuk orang yang malas survey produk itu ini elok atau tidak. Perlu fikir pulak timbang kilo atau tidak. Kan penat tu. Nak survey perlu mintak pendapat orang sana sini. Silap hari bulan yang bagi pendapat pun sama pakai produk timbang kilo. Muka pun syantik sangat. Kita pun terpengaruh. Maka cantiklah bersama. Tiba-tiba panas tak sampai ke petang hujan pula di tengah hari. Muka breakout maka merana la pulak bersama.

3. Youth sangat sesuai untuk orang yang malas sediakan bahan semulajadi. Bahan semulajadi lagi alami memang sangat bagus untuk kulit. Contohnya timun boleh buat penyegar atau masker tapi nak buat tu perlu masa. Lagi masa nak sukat bahan. Maka Youth sangat sesuai. Dengan moto syarikat selamat semulajadi dan berkesan ditambah pula dengan kajian 8 tahun sebelum dipasarkan maka tiada lagi keraguan. Tapi kalau awak rajin sila teruskan untuk menyukat bahan alami. Che Yan malas.

4. Youth sangat sesuai untuk orang yang malas pakai sunscreen. Lepas tu merungut muka jeragat bagai. Masalah tu dianggap selesai sebab dalam rangkaian Youth ada pelembab dah siap SPF 50. So, my happy face lah.

5. Youth sangat sesuai untuk orang yang malas nak buat rutin letak ais kat muka. Untuk pengetahuan awak semua, penggunaan ais batu yang diletakkan pada wajah selepas rutin pembersihan muka akan bagi efek segar dan mengurangkan kekusaman dan sembap bagi mereka yang kerja dalam keadaan stress dan mungkin tidak mendapat tidur yang cukup. Olesan ais batu juga dapat jadikan base make up makin elok dan tahan lama. Tapi Che Yan kan pemalas nak lap air yang mencair dari ais batu yang dioles tu, maka che yan pilih Youth sebab dalam rangkaian Youth ada Moisture Lock. Efek dia sebijik macam guna ais batu tu malah lagi best. Say no to ayaq meleleh.

Ok, jomlah berkenalan dengan set-set yang ada.

YOUTH BASIC SET

YOUTH STARTER SET


YOUTH RENEW AND MAINTAIN SET


YOUTH INTENSIVE TREATMENT AND REPAIR SET

YOUTH FULL SET

Kalau hampa nak jimat sambil guna produk semulajadi dan berkualiti hampa boleh join ahli shaklee. Ala tak sampai rm100 pun. Klau nak keahlian percuma pun bulih coz ada caranya.

Banyak manfaat jadi ahli. Bukan setakat dapat harga ahli, hampa nak berbiz pun bulih. Tapi tak wajib buat biz pun bila dah jadi ahli. Dapat nikmati harga ahli. Bulih akses web dengan id sendiri. Bulih klik-klik secara online jugak untuk dapatkan produk Shaklee. Tapi kalau nak suruh Che Yan oderkan untuk hampa pun Che Yan okey je.

Owh sebelum terlupa. Opcozz konsultasi dari Che Yan bersama dengan segala HACKS dalam penggunaan produk Shaklee.

Tak tau macam mana nak jadi ahli?

Bleh rojer Che Yan di :

Blog :

vitaminDhatiku.blogspot.com

omelancheyan.com

FB :

Shahizan Rahimi

FB page kawasan :

Pengedar Shaklee Jerantut 013-9117607

FB page semalaysia :

vitaminDhatiku

Whatapp :

www.wasap.my/6013-9117607